Permohonan Dan Kemaskini BPR Dilanjutkan Sehingga 25 Februari


Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan merupakan bantuan yang telah dinamakan semula yang terdapat sedikit perubahan dalam jumlah bantuan.

Tarikh Permohonan Dilanjutkan 


Berita baik kepada orang awam yang belum membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini akan dilanjutkan 
  • sehingga 25 Februari 2021
Sebelum ini, permohonan baru dan kemaskini hanya dibuka sehingga 15 Februari. Tetapi ia telah dilanjutkan untuk memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak serta mengambil kira pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Siapa Yang Boleh Mohon BPR ?

Hanya pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kategori B40 
  • serta berpendapatan RM 5,000 dan ke bawah.

Panduan Permohonan : 

  1. Permohonan secara online
  2. Permohonan secara manual (Borang)

Siapa Yang Layak Untuk Kemaskini BPR ?

Hanya pemohon yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kategori B40.
  • hanya perlu membuat kemaskini sekiranya terdapat perubahan maklumat.
Panduan Permohonan :

0 thoughts on “Permohonan Dan Kemaskini BPR Dilanjutkan Sehingga 25 Februari”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply