Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) : RM 600 Selama Tiga Bulan

Apakah Program Subsidi Upah (PSU) dan PSU 2.0?

PSU dan PSU 2.0 adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM 4,000 dan ke bawah

Permohonan program PSU 1.0 bermula pada 1 April 2020 sehingga 30 September 2020

Namun pada 23 September, bantuan PSU telah dilanjutkan untuk 3 bulan tambahan bagi majikan sedia ada yang menerima PSU manakala bantuan PSU selama 6 bulan bagi semua permohonan baru mulai Oktober 2020 yang dinamakan sebagai PSU 2.0


BACA : GKP 2.0

Tujuan PSU 

Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Bilakah Tarikh Permohonan PSU 2.0 Bermula ?

PSU 2.0 bermula berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020 manakala tarikh akhir permohonan ialah pada 31 Disember 2020

BACA : BPN 2.0

Syarat Kelayakan PSU 2.0

Antara syarat kelayakan yang dikenakan ialah had bilangan pekerja sebanyak 75, 200 orang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk jadual di bawah :

Siapakah Yang Tidak Layak Memohon PSU 2.0

  • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 September 
  • Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM / ROS / ROB / PBT / atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 September 2020
  • Majikan yang tidak berdaftar dengan LHDN
  • Pekerja yang yang bergaji bulanan melebihi RM 4,000
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja
  • Pekerja yang digajikan di bawah program PenjayaKerjaya (My Future Jobs)
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, PBT dan mereka yang bekerja sendiri iaitu yang tidak mempunyai majikan
  • Pekerja asing, pegawai dagang
  • Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 2.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan 

  • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan)
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
  • Maklumat Bussiness Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan pastikan No. BRN adalah tepat
  • Salinan pendaftaran SSM / ROS / PBT atau lain-lain pertubuhan
  • Akaun Pengisytiharan PSU 2.0
MAJIKAN sedia ada yang sedang menerima PSU wajib mengemukakan permohonan PSU di Portal PRIHATIN https://prihatin.perkeso.gov.my/ bermula 1 Oktober 2020

0 thoughts on “Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) : RM 600 Selama Tiga Bulan”

Leave a Reply to Bloger Cancel reply