Rakyat kecewa, mohon Kerajaan semak semula pengeluaran Akaun 1 KWSP


Pada pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lalu, benda utama yang rakyat amat nantikan ialah kebenaran pengeluaran maksimum RM 10,000 daripada Akaun 1 KWSP.

Penulisan oleh kerjasemasa.com

Akhirnya, Menteri Kewangan mengumumkan bahawa pencarum KWSP boleh membuat pengeluaran Akaun 1 KWSP. 

Ya, pengeluaran memang dibenarkan teapi jumlah yang ditetapkan hanyalah RM 500 sebulan atau RM 6,000 setahun.

Perkara tersebut ramai rakyat berasa sedih serta kecewa atas tindakan tersebut, ditambah pula PKPB kembali dikuatkuasakan yang seterusnya akan merosakkan ekonomi warga kita,

Mengapa Rakyat Begitu Kecewa ?

Ramai diantara kami telah dibuang kerja, gaji dikurangkan oleh pihak majikan disebabkan COVID-19. Hal ini telah mengakibatkan rakyat kehilangan atau kekurangan sumber pendapatan untuk menyara keluarga di rumah.

Pengeluaran RM 500 mungkin agak membantu sedikit sekiranya seluruh pencarum dibenarkan tetapi pengeluaran tersebut hanya terbuka kepada golongan terjejas atau 600,000 pencarum sahaja.

Rakyat begitu sedih, mungkin sekiranya pengeluran RM 10,000 dibenarkan, kami telah mampu membayar hutang, membeli barang keperluan yang mampu membuat ahli keluarga kami tersenyum. Hal ini kerana, kami bukan semua lahir daripada golongan orang kaya. Ada diantara kami hanya kais pagi makan pagi.

Oleh itu, kami berharap agar kerajaan yang dipimpin oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin tercinta, agar menyemak semula pengeluaran Akaun 1 KWSP.

Jika tidak boleh RM 10,000, mungkin RM 5,000 sudah mencukupi yang penting semua pencarum dibenarkan.

Jika tidak boleh juga, RM 500 sebulan sudah memadai tetapi biarlah semua pencarum dibenarkan untuk dikeluarkan.
Reaksi Rakyat 

0 thoughts on “Rakyat kecewa, mohon Kerajaan semak semula pengeluaran Akaun 1 KWSP”

  1. Pengeluaran kwsp sebanyak rm500 sebulan hanya untuk golongan yang terjejas yang diberhentikan kerja.soalan saya kenapa golongan yang berkerja sendiri tidak boleh memohon sedangkan mereka juga ada caruman dikwsp.kerajaan kena adil mesti sama sama merasa.

    Reply

Leave a Reply to Aidielynwa Cancel reply