Rasmi : Bayaran Akhir i-Citra Sudah Masuk !

 

Disember merupakan bulan terakhir dimana pembayaran i-Citra akan dilaksanakan. Semua tahu, pembayaran i-Citra setiap bulan sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat. Walau bagaimanapun, setelah lima bulan ia dilaksanakan kini sudah sampai di penghujung. Walaupun ramai rakyat yang merayu agar ia disambung tetapi sehingga kini tiada khabar bahawa kemudahan ini akan disambung.

Diharapkan kerajaan sedia mendengar keluhan rakyat yang sangat berharap agar i-Citra diteruskan pada tahun hadapan demi kelangsungan hidup para pencarum.

JUMLAH BAYARAN

Pembayaran akan dibuat sehingga RM 1,000 setiap bulan. Tetapi ia bergantung dengan jumlah baki atau jumlah pengeluaran yang anda pilih semasa pendaftaran i-Citra dahulu.

TARIKH BAYARAN i-CITRA DISEMBER

Sehingga kini, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum membuat pengumuan rasmi berkenaan tarikh pembayaran akhir i-Citra. 

Tetapi, dijangkakan bahawan pembayaran adalah sama seperti bulan-bulan lalu iaitu pada awal bulan bersamaan dengan
  • 1 Disember 2021 (Tarikh akan dikemaskini jika terdapat sebarang perubahan)
  • Tempoh pembayaran selewat-lewatnya dalam masa 3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank
Untuk pengetahuan bersama, setiap pembayaran i-Citra akan dilakasanakan secara berperingkat maka kemungkinan pembayaran anda akan lewat beberapa hari.

PEMBAYARAN i-CITRA DISEMBER DAH MASUK

Daripada maklumat yang diterima melalui kumpulan Facebook i-Citra, ramai penerima sudah menerima bayaran i-Citra Disember.

Dimaklumkan bahawa penerimaan bayaran bermula pada 1 Disember lagi. Walau bagaimanapun, masih terdapat sesetengah penerima belum menerima bayaran untuk bulan Disember.

Bukti pembayaran :

CARA MEMBUAT SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA

Semakan pembayaran i-Citra untuk setiap bulan boleh dilakukan melalui i-Akaun.


Seperti biasa, berikut ialah panduan untuk membuat semakan tarikh pembayaran 
  • Buka aplikasi i-Akaun melalui telefon pintar atau layari laman web i-Akaun KWSP
  • Mendaftar masuk menggunakan ID dan Kata Laluan yang sudah di daftar
  • Klik dan semak pada bahagian ‘Pengeluaran / Withdrawal’
  • Kemudian klik pada bahagian ‘Sejarah Pengeluaran / Withdrawal History’
  • Selanjutnya, klik pada paparan ‘i-Citra’
  • Tarikh bayaran untuk Disember akan dipaparkan

PENGELUARAN ONE-OFF RM 10,000

Tatkala negara sedang menghadapi kenaikan harga barang, rakyat semakin berharap bahawa pihak kerajaan turut mampu memberikan kemudahan pengeluaran one-off. Pengeluaran one-off RM 10,000 merupakan antara perkara yang sangat diperjuangkan oleh rakyat dan beberapi ahli politik selain daripada i-Citra.

Walau bagaimanapun, setakat hari ini tiada berita positif yang diterima daripada pihak KWSP dan kerajaan berkenaan pengeluaran one-off ini.

Sangat diharapkan agar pihak KWSP dan kerajaan mendengari rintihan rakyat yang kerdil ini, bukan hanya memberi ‘janji-janji’ manis kepada

0 thoughts on “Rasmi : Bayaran Akhir i-Citra Sudah Masuk !”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply