Rasmi : Pembayaran i-Sinar Seterusnya Bermula Pada 3 Mei

 

Pembayaran i-Lestari telah melabuhkan tirainya. Ramai pemohon serta penerima berharap agar kerajaan akan meneruskan i-Lestari untuk bulan akan datang. Tetapi buat setakat ini, belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan berhubung perkara i-Lestari. 

Kini, pembayaran untuk bulan Mei i-Sinar sedang ditunggu oleh para penerima.

Sedia maklum bahawa, i-Sinar merupakan pengeluaran wang KWSP yang dibenarkan oleh kerajaan demi kelangsungan hidup rakyat sewaktu pandemik Covid-19 sama seperti i-Lestari.


Pembayaran Mei i-Sinar Kategori 1 Dan 2


Sama seperti pembayaran i-Sinar sebelum ini. Pembayaran akan didahulukan kepada penerima Kategori 1 dan setelah itu Kategori 2.
Pembayaran untuk bulan Mei dijangkakan akan bermula pada 3 Mei 2021 iaitu pada hari isnin.

Pembayaran tidak dilaksanakan pada 1 Mei kerana tarikh tersebut jatuh pada hari sabtu dan sambutan hari pekerja. 

Tarikh Pembayaran Dipaparkan Pada i-Akaun Anda

Sama seperti sebelum ini, sekali lagi KWSP telah mengemaskini tarikh pembayaran untuk bulan Mei.

Melalui informasi awam, terdapat penerima yang sepatutnya dapat lewat tetapi telah diawalkan setelah pengemaskinian dilakukan.

Seperti gambar di atas, dipaparkan tarikh pembayaran terakhir ialah pada 3 Jun. Ini bermakna pembayaran untuk Mei juga ialah pada tanggal 3.

Jadual Pembayaran i-Sinar Mei

  • Sekiranya pembayaran bermula pada 3/5/2021. Penerima yang akan menerima bayaran tersebut adalah mereka yang menerima i-Sinar April pada 1/4/2021 yang lalu.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 4/5/2021 maka penerima pada 2/4/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 5/5/2021 maka penerima pada 5/4/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Dan begitulah yang seterusnya. Pembayaran ini ialah mengikut batch masing-masing.
  • Sekiranya anda tidak menerima bayaran seperti yang dijangkakan, kemungkinan besar pembayaran anda telah dipindahkan ke tarikh baharu (tidak dinyatakan).

0 thoughts on “Rasmi : Pembayaran i-Sinar Seterusnya Bermula Pada 3 Mei”

  1. Sy tidak dpt pembayaran i-sinar harini(3.5.2021) yg telah dinyatakan kpd penerima kategori 1 yg sudah menerima pd(1.4.2021).apabila sy buat semakan status akaun pindaan sy,lalu dinyata akaun sy didapati bahawa akaun pindaan dan pembatalan pindaan sy tiada dlm record sistem kami..bila periksa semalam bahawa akaun sy telah diluluskan..malangnya harini permohonan sy tiada record?? bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku??? bagaimana dengn pembayaran i-sinar sy??sy telah membuat permohonan baharu,,tetapi mengambil masa selama 5hari utk diproses..agak begitu lama..sy sedang dlm masalah kewangan sekarang…dn perlukan wang utk menyelasaikan masalah sy..

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply