Rasmi : Pembayaran Rayuan BSH Fasa 3 Bermula 23 November

 


Ramai yang tertanya-tanya tentang tarikh rasmi pembayaran rayuan Bantuan Sara Hidup Fasa 3. Terdapat pelbagai pendapat serta khabar angin yang tidak tepat. Oleh itu, kami telah cuba dapatkan info sahih tentang bilakah pemohon dapat mengetahui keputusan rayuan mereka. Rujuk info di bawah.

Disclaimer : Info yang kami peroleh adalah sahih merujuk informasi yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Tarikh Pembayaran Rayuan BSH Fasa 3 

Untuk pengetahuan umum, permohonan rayuan BSH Fasa telah dibuka pada 7 Ogos lalu sehingga 6 September 2020.

Berdasarkan maklumat sahih yang diperolehi daripada kenyataan rasmi Kementerian Kewangan serta LHDNM,  (ks) dimaklumkan bahawa pemohon akan menerima bayaran rayuan BSH fasa 3 bermula pada 

  • 23 November 2020 
Selain itu, LHDN juga akan menampalkan notis atau informasi berkaitan semakan rayuan BSH diluar pejabat LHDN. Notis tersebut juga memaklumkan bahawa tarikh pembayaran bermula 23 November 2020.

Jumlah pembayaran adalah bergantung kepada jumlah bantuan yang anda layak selepas membuat semakan rayuan BSH Fasa 3 pada 16 November lalu.

Cara Pembayaran 

Pembayaran akan terus masuk ke dalam akaun yang anda daftarkan. Sama seperti BSH Fasa 1 & 2 atau BPN. 

Ingin dimaklumkan bahawa pembayaran adalah secara berperingkat. Maknanya, tidak  bermaksud pada 23 November tersebut anda pasti akan menerima bayaran.

Kemungkinan besar pembayaran akan didahulukan kepada pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) sama seperti pembayaran BPN 2.0 lalu. Setelah itu barulah pembayaran dilakukan kepada pemegang akaun bank lain.

Anda tidak perlu risau jika wang anda lambat masuk, mungkin anda perlu menunggu seminggu lebih daripada tarikh pembayaran 23 November 2020.

Dah semak rayuan BSH Fasa 3? 
Jika belum, sila rujuk disini – Cara Membuat Semakan Rayuan BSH Fasa 3

0 thoughts on “Rasmi : Pembayaran Rayuan BSH Fasa 3 Bermula 23 November”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply