RASMI : Pengeluaran KWSP RM 10,000 Diluluskan

RASMI : Pengeluaran KWSP RM 10,000 Diluluskan

PENGELUARAN KWSP RM 10,000 DILULUSKAN

RASMI : Perdana Menteri mengumumkan bahawa pengeluaran khas KWSP berjumlah RM 10,000 diluluskan.

Menurut beliau, ia merupakan perkara yang susah diluluskan kerana ia merupakan simpanan hari tua dan beharap menggunakan duit tersebut jika benar-benar perlu sahaja.

Bagaimanapun, maklumat lanjut akan diperincikan oleh KWSP dan Kementerian Kewangan.

MERUPAKAN KEPUTUSAN YANG SUKAR

Ismail Sabri berjata, ini merupakan keputusan yang sukar yang terpaksa dibuat oleh kerajaan memandangkan KWSP melibatkan simpanan hari tua rakyat.

Namun begitu, beliau menjelaskan kerajaan sedia maklum pengeluaran khas ini adalah antara jalan tengah dan mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

BERHARAP AGAR SEMUA PENCARUM MEMBUAT PENILAIAN

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri berharap agar semua pencarum dapat membuat penilaian dan mengekalkan simpanan mereka melainkan ia perlu sahaja.

“Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan,” kata beliau dalam sidang khas sebentar tadi.

 

0 thoughts on “RASMI : Pengeluaran KWSP RM 10,000 Diluluskan”

  1. Nak lulus….luluskan saja la….. comitment Kami sebagai rakyat ni bnyak la…….bkn mcm Kau org menteri menteri yg gaji berpuluh ribu sebulan

    Reply
  2. betul, ini nak tunggu dua pihak.. kenapa tak buat penjelasan one off.. tak faham mcm mana dia org ni kerja.. main pass bulu tangkis la pulak

    Reply
  3. Pandai2 larh guna ye,nnti jgn menyesal Pula Di Hari tua ok,skrg bersenag sng dgn 10 ribu ,nnti dh tua jgn menyesal pula klu smpnn Tu dh tk bnyk ye tuan2 puan2 sekalian,mmg duit hang tpi beringt ye ….jgn mrh ok

    Reply

Leave a Reply to Aiman Cancel reply