Umum tahu bahawa BSH fasa 3 telah memulakan pembayaran pada 24 Julai lalu.
Manakala permohonan rayuan telah dibuka kepada mana-mana pemohon yang telah gagal atau tidak lulus menerima BSH fasa 3.
Rayuan tersebut dibuka pada 7 Ogos yang lalu sehingga 6 September 2020.
Penerima BPN Yang Tiada Rekod BSH (RM 800 / RM 1600)
Penerima BPN yang tiada rekod BSH, bagi kategori B40 yang memiliki pendapatan RM 800 / RM 1600 juga turut boleh mendapatkan BSH. Untuk hal ini, anda perlu terus walk in ke mana-mana cawangan LHDNM berhampiran.
Borang permohonan boleh dimuat turun di https://bsh.hasil.gov.my
Permohonan rayuan ini boleh dibuat melalui secara online di portal rasmi BSH atau secara manual di mana-mana cawangan LHDNM berhampiran.
Syarat Kelayakan Permohonan Rayuan BSH :
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM 4,000 sebulan dan ke bawah
- Memiliki pasangan yang warganegara Malaysia (Mykad) atau memiliki (MyPR/MyKAS)
- Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)
- Anak kandung atau anak angkat yang berdaftar di JPN
- Warganegara Malaysia
- Tiada punca pendapatan
- 19 tahun ke atas masih belajar di Universiti Awam
- MyKAD pemohon atau pasangan
- MyKID atau sijil lahir anak
- Penyata gaji terkini
- Surat status perkahwinan.
- Online - Anda boleh terus layari portal rasmi disini https://bsh.hasil.gov.my/
- Manual - Anda perlu hadir ke mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan dengan anda.
Semakan Permohonan Rayuan BSH 2020
