Semak Tarikh Pembayaran i-Citra September Disini

 

Pembayaran i-Citra untuk bulan pertama telah dilaksanakan pada permulaan bulan Ogos. Kini, para penerima sedang menunggu pembayaran bulan kedua iaitu pada September nanti.

Sedia maklum, pelaksanaan i-Citra ini akan dilukukan selama 5 bulan sahaja bermula Ogos (mengikut permohonan). Oleh itu, dengan mengetahui tarikh sebenar dan jadual i-Citra akan memudahkan para pencarum.

SEMAK TARIKH PEMBAYARAN 


Mengikut daripada pengumuman yang dibuat oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui laman Facebook rasmi menyebutkan bahawa bayaran i-Citra bagi bulan September dibuat bermula 
  • 1 September 2021 (Rabu)
  • Seterusnya, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank
  • Pembayaran adalah secara berperingkat
CARA MEMBUAT SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA

Semakan tarikh bayaran i-Citra adalah melalui i-Akaun

Langkah ini hanya boleh dilakukan kepada penerima yang mempunya i-Akaun
  • Buka aplikasi i-Akaun melalui telefon pintar atau laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
  • Sila daftar masuk melalui ID & KATA LALUAN yang telah didaftarkan
  • Klik dan semak pada bahagian ‘PENGELUARAN / WITHDRAWAL (BAHASA INGGERIS)’
  • Kemudian klik pada ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  • Selanjutnya, klik di paparan ‘i-Citra’
  • Tarikh bayaran akan dipaparkan 
  • Anda boleh rujuk gambar contoh di bawah

SEMAK TARIKH BAYARAN BAGI BULAN BERIKUTNYA SELEPAS SEPTEMBER


Pembayaran i-Citra adalah sama juga pembayaran i-Sinar dan i-Lestari yang dilaksanakan sebelum ini.

Anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Citra pada i-Akaun KWSP anda.
  • Jika pada i-Akaun anda, kolum ‘Monthly Recurring End Date’ bertarikh pada 2 Disember seperti gambar contoh di atas, ia bermakna tarikh pembayaran untuk setiap bulan ialah pada tanggal 2.
  • Tetapi, tarikh i-Citra ini turut akan berubah sekiranya tarikh jatuh pada hujung minggu (weekend).
  • Anda hanya perlu rujuk tarikh penerimaan akhir seperti diatas untuk mengetahui tarikh pembayaran bulanan.
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi Hotline i-Citra di talian
  • 03-8922 4848

0 thoughts on “Semak Tarikh Pembayaran i-Citra September Disini”

  1. Saya tak tau apa nak cekap pada kerajaan ni,bantuan tak pandai muncul i citre pun di keluarkan berperingkat,kerajaan tak fikir ke macam mana kedaan rakyat sekarang ni,kalau kerajaan pandai mentabir rakyat fikir la,bantulah kami

    Reply
  2. Bayaran berperingkat Jo….lepas itu salahkan bank pula ….kerajaan yang tak ada guna…ini Kali paling teruk punya Pentabiran malaysia…zafrul sama ismail…

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply