Semakan Kelulusan i-Sinar Kategori 2 Bermula 8 Februari

 

Permohonan i-Sinar bagi Kategori 2 telah pun dibuka bermula 11 Januari lalu. Semakan permohonan bagi Kategori 1 telah pun boleh disemak bermula 4 Januari lalu.

Kini, semakan bagi Kategori 1 boleh dibuat bermula 8 Februari (Isnin). Anda boleh rujuk perincian penuh di bawah.


Syarat Kelayakan

Terbuka kepada ahli yang masih bekerja (ks) tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020).

Dokumen sokongan :
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
  • Dokumen sokongan seperti penyata bank juga boleh diberikan.
Cara Permohonan i-Sinar Kategori 2

Berikut merupakan panduan untuk permohonan Kategori 2

  1. Layari portal rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Klik kolum Permohonan Baharu
  3. Seterusnya, isi Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit
  4. Klik Teruskan
  5. Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP atau JAWAB SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan
  6. Tetapkan Amaun Pilihan
  7. Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan Teruskan
  8. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang Wajib diisi
  9. Lengkapkan Maklumat Pembayaran
  10. Lampirkan Dokumen Sokongan
  11. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan sebelum tekan Hantar
  12. Permohonan telah diterima dan akan diproses
Cara Semakan Status Kelulusan i-Sinar Kategori 2


Sekiranya anda telah membuat permohonan untuk Kategori 2, sila ikuti langkah di bawah :
  1. Anda perlu layari portal rasmi i-Sinar di : https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Pilih butang “SEMAK STATUS PERMOHONAN”
  3. Setelah itu, anda diminta untuk memasukkan maklumat seperti Nombor MyKad dan Nombor Telefon Bimbit.
  4. Klik butang “Saya Bukan Robot” dan klik butang “Semak Status”.
  5. Status permohonan akan dipaparkan. Sekiranya anda lulus anda akan menerima paparan lulus dan sebaliknya.
Semakan boleh dibuat bermula 8 pagi pada 8 Februari 2021.

0 thoughts on “Semakan Kelulusan i-Sinar Kategori 2 Bermula 8 Februari”

  1. Saya ingin menukar amaun pengeluaran isinar saya amaun baharu untuk bulan ketiga ialah Rm5000 bulan keempat Dan seterusnya ialah Rm1000

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply