Semakan Pembayaran BKM Fasa 1

 BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 

Tidak lama lagi, penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan menikmati pembayaran bantuan tersebut.

Terdapat tiga golongan yang akan menerima BKM ini termasuklah golongan isi rumah, warga emas atau tiada pasangan dan bujang.


KRITERIA DAN SYARAT

Berikut ialah kriteria dan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk penerimaan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

1. Kategori Isi Rumah
  • Kahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / duda / janda yang mempunyai anak yang dan
  • Berpendapatan di bawah RM 5,000 dan ke bawah sebulan
2. Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan
  • Bujang atau Ibu atau Bapa tunggal / balu / duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan RM 5,000 dan ke bawah sebulan
3. Bujang
  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur di antara 21 sehingga 59 tahun
  • Berpendapatan RM 2,500 sebulan

JUMLAH BANTUAN

Untuk pengetahuan pembaca, jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah maksimum RM 2,000. Terdapat bantuan tambahan berjumlah RM 500. Ini bermaksud seorang penerima mampu menerima bantuan keseluruh berjumlah RM 2,500.

1. Kategori Isi Rumah 


Pendapatan RM 2,500 dan ke bawah
  • RM 1,000 untuk yang belum memiliki anak
  • RM 2,500 kepada yang mempunyai 1-2 orang anak
  • RM 2,000 untuk yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas
Pendapatan RM 2,501 sehingga RM 5,000
  • RM 400 yang tidak mempunyai anak
  • RM 600 kepada yang memiliki 1-2 orang anak
  • RM 800 yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas

2. Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan

  • Bantuan terkumpul RM 600 seorang

3. Kategori Bujang

  • Bantuan keseluruhan berjumlah RM 350

4. Bantuan Tambahan RM 500


Terdapat bantuan tambahan yang akan diberikan kepada penerima BKM yang layak. Berikut ialah syarat kelayakan untuk bantuan tambahan BKM
  • Penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Tunggal atau Bapa Tunggal yang mempunyai anak menepati syarat atau
  • Penerima kategori isi rumah berstatus warga emas iaitu berumur 60 tahun dan ke atas
Mereka yang layak ini akan menerima bantuan tambahan RM 500, menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah RM 2,500.


CARA SEMAKAN STATUS 

Berikut ialah panduan untuk membuat semakan permohonan :
Untuk log masuk ke dalam sistem, masukkan nombor MyKad / ID pemohon. Seterusnya, masukkan kata laluan seperti sebelum ini.

Paparan seterusnya ialah terdapat ‘Semakan Status’, ‘Kemaskini Permohonan’ , ‘Cetakan’ . Untuk semakan status, anda boleh klik ‘Semakan Status’. Manakala untuk sebarang kemaskini, klik ‘Kemaskini Permohonan’.

0 thoughts on “Semakan Pembayaran BKM Fasa 1”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply