Semakan Pembayaran i-Sayang KWSP 2022

SEMAKAN PEMBAYARAN

 

Disaat rakyat sedang menunggu khabar mengenai pengeluaran sekali bayar KWSP RM 10,000, namun pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan sebuah skim baharu yang akan dilancarkan pada tahun ini. Semakan pembayaran boleh dibuat.

Skim tersebut dikenali sebagai i-Sayang. Sebuah program yang akan memberi kemudahan kepada insan tersayang iaitu isteri.


APA ITU i-SAYANG ?

i-Sayang merupakan sebuah kemudian terbaru yang dilancarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kemudahan i-Sayang ini telah diperkenalkan kepada pencarum pada November 2021 lepas.

Iaa bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat untuk menjamin simpanan pada masa depan.

Menurut pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, i-Sayang merupakan
  • sebuah kemudahan pemindahan sukarela sebanyak dua peratus (2%) caruman KWSP ke akaun isteri.

SEMAKAN PEMBAYARAN

Menurut Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, i-Sayang akan dilancarkan pada
  • suku pertama 2022
Tetapi, buat masa sekarang belum ada tarikh rasmi berkaitan pembayaran yang seperti yang dimaksudkan.


CARA MOHON I-SAYANG

Untuk makluman para pembaca, pihak KWSP belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan cara permohonan i-Sayang KWSP.

Sebarang perkembangan maklumat terbaru akan di kemas kini dari masa ke masa.

JUMLAH BAYARAN

Sedia maklum bahawa i-Sayang ialah :
  • Pemindahan caruman sukarela daripada akaun suami kepada akaun caruman isteri
  • Jumlah bayaran akan diberikan kepada isteri adalah dua peratus (2%) caruman
Selain itu, KWSP turut menyokong skim caruman lebihan yang sukarela yang mana ahli boleh meminta para majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka lebih 11% kadar berkanun.

DIVIDEN KWSP

Kuala Lumpur : Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi 2021 dijangka akan lebih baik berbanding tahun sebelumnya dengan anggaran antara 5.5 ke 6.0 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.0 ke 5.5 peratus untuk Simpanan Syariah.

Menurut Prof Madya Ts Dr Anuar Shah Bali Mohamed dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Universiti Putra Malaysia (UPM), berdasarkan kepada situasi ekonomi pada 2021 khususnya suku keempat 2021, berkemungkinan dividen dijangkakan diumumkan oleh KWSP pada Isnin adalah lebih baik jika dibandingkan dengan 2020.

0 thoughts on “Semakan Pembayaran i-Sayang KWSP 2022”

  1. Saya nak 10k one off untuk kali terakhir…. Tolong bagi luluskan..
    Saya saja yang bekerja.. Orang rumah saya tidak bekerja… Lagi2 isteri saya sedang mengandung 3bulan..anak sulung saya masih sekolah… Memang saya perlukan 10k oneoff tu untuk kali terakhir.. Banyak tunggakkan saya perlu selesaikan…. Bil elektrik.. Sewa rumah.. Pinjaman.. Gaji 1200 memang tak cukup bagi saya..belanja dapur lagi.. Yuran sekolah anak saya… Yuran sekolah.. Alat2 tulis.. Kereta lagi…. Tolong lah… Pesan kepada Perdana Menteri dan Menteri kewangan… Tolong luluskan 10k oneoff untuk kali terakhir….

    Reply
  2. Mohon kerajaan mempertimbangkan kelulusan one off 10k bagi kegunaan kos semasa untuk menampung kos bulana. Ianya hanya dana diambil dari dividen yg diberi dan tidak menyentuh principal simpanan yg sedia ada.

    Reply
  3. Minta kerajaan permudahkan pengeluaran ONEOFF 10K,kami orang susah tidak cukup untuk pengurusan kehidupan harian,kesan dari COVID19 dan banjir.Buka minda,buka hati,buka mata nilai dengan iman anda PM.

    Reply
  4. Minta kelulusan pengeluaran KWSP 10k..utk keperluan harian yg tidak cukup dgn gaji rendah seperti sy…dgn kos sara hidup yg tinggi skrg ini…hutang loan..rumah..kereta..habis bulan cukup2 makan sj..hrp kerajaan faham keadaan rakyat

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply