Semakan Rayuan BPR Bermula Ogos, Semak Sekarang !

 

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ialah salah satu inisiatif yang diberikan oleh kerajaan pada tahun ini.

BPR diumumkan di dalam Belanjawan 2021 pada November tempoh hari. Untuk pengetahuan anda, BPR telah dilaksanakan melalui 2 fasa serta 1 fasa tambahan pada penghujung Jun lalu.

Sedia maklum, ramai para pemohon yang masih gagal untuk mendapatkan BPR. Baru-baru ini, kerajaan telah buka Rayuan BPR kepada pemohon yang gagal.

Kepada pemohon rayuan BPR, sila buat semakan status anda.

CARA SEMAK STATUS RAYUAN BPR

Semakan status rayuan BPR boleh dibuat bermula pada bulan Ogos ini, sila rujuk panduan di bawah :

TARIKH BAYARAN RAYUAN BPR


Jika anda lulus rayuan BPR, pembayaran akan dilaksanakan sama seperti penerima BPR yang lain iaitu secara automatik ke akaun bank anda :

Pembayaran pada bulan Ogos 2021
  • BPR FASA 2 : RM 400
  • BPR TAMBAHAN : RM 500
dan Pembayaran pada bulan September 2021
  • BPR FASA 3 : RM 500 atau RM 1,100 mengikut kelayakan anda
MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan BPR, anda boleh hubungi talian dibawah :
  • HOTLINE BPR di 1-800-88-2747

0 thoughts on “Semakan Rayuan BPR Bermula Ogos, Semak Sekarang !”

Leave a Reply to Tanpa Nama Cancel reply