Semakan Rayuan GKP 2.0 Bermula 4 Februari

 

Semakan keputusan permohonan Geran Khas Prihatin GKP 2.0 telah dibuka pada 27 November. Manakala, pembayaran (bukan rayuan) secara berperingkat telah bermula pada 30 November 2020

Semasa semakan keputusan permohonan GKP 2.0 dilakukan, ramai peniaga yang telah diluluskan namun ramai juga yang gagal. Kebanyakannya, mereka yang gagal mendapat alasan KOD 04.

Disebabkan itu, Kementerian Kewangan telah membuka semula rayuan Geran Khas Prihatin 2.0

Tarikh Rayuan GKP 2.0

Untuk pengetahuan umum, permohonan rayuan GKP 2.0 telah dibuka bermula 

  • pada 7 Disember sehingga 21 Disember 2020 yang lalu
Permohonan yang dibuka selama 2 minggu ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada petang 1 Disember 2020.

Hanya pemohon yang layak sahaja akan diluluskan seperti memiliki Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan lain-lain.


Tarikh Semakan Rayuan GKP 2.0

Setelah menunggu hampir 2 bulan lamanya, Kementerian Kewangan menerusi Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul telah mengluarkan kenyataan bahawa semakan rayuan GKP 2.0 yang telah dibuka sehingga 21 Disember lalu boleh dibuats bermula :
  • 4 Februari 2021 (Khamis)
Cara Semakan


Mudah sahaja untuk anda membuat semakan. Berikut ialah cara semakan :

  1. Anda perlu masuk ke portal rasmi GKP https://gkp.hasil.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  3. Selesai, anda boleh semak sama ada anda lulus ataupun tidak.

0 thoughts on “Semakan Rayuan GKP 2.0 Bermula 4 Februari”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply