Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

 

Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Kebanyakan ahli telah membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP bermula 1 April lagi. Oleh yang demikian, ahli yang sudah membuat permohonan pasti tertunggu-tunggu untuk membuat semakan status permohonan.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, diumumkan bahawa semakan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh dibuat bermula 9 April 2022.

Bolehlah sudah anda membuat semakan untuk pembayaran Pengeluaran Khas ini.

TARIKH BAYARAN

Bayaran akan dibuat secara sekali bayar sahaja mula 20 April ini.

PENGELUARAN KHAS AKAN DIBAYAR SECARA ONE-OFF

Berita baik kepada para pencarum, pihak KWSP sudah mengeluarkan kenyataan berkenaan sama ada pembayaran akan dilaksanakan secara one-off iaitu sekali bayar atau pembayaran setiap bulan.

Melalui kemas kini terbaru daripada pihak KWSP, Pengeluaran Khas kali ini adalah secara one-off atau sekali bayar sahaja. Ini bermakna sekiranya anda membuat pengeluaran RM 10,000 maka anda akan menerima jumlah tersebut untuk satu kali bayaran sahaja.

AMAUN PENGELUARAN DAN KAEDAH BAYARAN

Selain daripada pengumuman pembayaran secara one-off, pihak KWSP turut mengeluarkan informasi berkenaan amaun pengeluaran dan kaedah bayaran, info penuh adalah seperti berikut :

1. Amaun pengeluaran minimum adalah RM 50 manakala pengeluaran maksimum adalah RM 10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Sekiranya tidak mencukupi maka Akaun 1 akan digunakan.
2. Meninggalkan bagi sekurang-kurangnya RM 100 dalam Akaun 1.
3. Pembatalan permohonan dan pindaan amaun adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, anda haruslah membuat keputusan yang munasabah sebelum melakukan permohonan.
4. Bayaran Pengeluaran Khas ini akan diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

INDIVIDU YANG LAYAK MEMBUAT PENGELUARAN

Pengeluaran Khas KWSP ini terbuka kepada seluruh ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun tanpa pengecualian.

JUMLAH PENGELUARAN

Mengikut daripada sumber KWSP, amaun pengeluaran minimum adalah berjumlah RM 50 manakala maksimum adalah RM 10,000.

AKAUN YANG DIKELUARKAN

Pengeluaran sehingga RM 10,000 ini akan menggunakan baki Akaun 2 terlebih dahulu tetapi sekiranya tidak mencukupi anda juga boleh menggunakan simpanan Akaun 1. 

Ini bermaksud, anda perlu menghabiskan Akaun 2 terlebih dahulu dan tidak boleh memilih jenis akaun untuk membuat pengeluaran.

0 thoughts on “Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply