Semakan Tarikh Pembayaran STR Fasa 2 2025: Semak Kelayakan Penerima & Jumlah Bantuan
Bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat serta menjamin kesejahteraan golongan berpendapatan rendah, Kerajaan Madani telah memperkukuhkan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan peruntukan sebanyak RM13 bilion. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 9 juta penerima STR 2025 di seluruh negara.
Ingin tahu bagaimana cara semakan tarikh pembayaran STR Fasa 2 2025 serta status kelayakan anda? Ikuti panduan lengkap di bawah.
Syarat Kelayakan Bantuan STR 2025
Berikut merupakan kategori penerima dan syarat kelayakan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025:
Kategori Isi Rumah
- Berkahwin (dengan atau tanpa anak).
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak menepati syarat.
- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Kategori Warga Emas Tiada Pasangan
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah.
Kategori Bujang
- Berumur 21 hingga 59 tahun.
- OKU berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS.
- Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah.
Baca Sini
Jadual Tarikh Pembayaran STR Fasa 2 2025
Berikut adalah jadual pembayaran rasmi STR 2025 yang diumumkan:
Fasa Pembayaran | Tarikh Pembayaran |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | Dijangka 3 April 2025 |
Fasa 3 & 4 | Akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
Nota: Sebarang perubahan tarikh rasmi akan dikemaskini oleh pihak kerajaan dari masa ke masa.
Penting: Pemohon yang tidak mengemas kini permohonan STR selama 3 tahun berturut-turut perlu melakukan kemas kini permohonan STR 2025 bagi memastikan kelayakan.
Panduan Semakan Status Kelayakan STR Fasa 2 2025
Semakan status kelayakan STR 2025 boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari laman web rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik pada menu [MySTR].
- Masukkan nombor kad pengenalan (12 digit) tanpa sengkang.
- Tekan butang [Log Masuk].
- Sahkan frasa keselamatan dan klik [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan dan klik [Log Masuk].
- Klik pada menu [Semakan Status].
- Status permohonan dan maklumat pembayaran STR akan dipaparkan sama ada Lulus atau Tidak Lulus.
Jumlah Bayaran Bantuan STR 2025
Berikut adalah kadar bayaran STR bagi tahun 2025 mengikut kategori penerima:
Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 ke Bawah
- Tiada Anak: RM1,000
- 1 – 2 Anak: RM1,500
- 3 – 4 Anak: RM2,000
- 5 Anak ke Atas: RM2,500
Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM5,000
- Tiada Anak: RM500
- 1 – 2 Anak: RM750
- 3 – 4 Anak: RM1,000
- 5 Anak ke Atas: RM1,250
Warga Emas Tiada Pasangan
- RM600
Bujang (termasuk OKU)
- RM600
Nota: Bayaran ini akan diagihkan secara berfasa iaitu Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 sepanjang tahun 2025. Jumlah khusus untuk Fasa 2 akan diumumkan kelak.
Cara Pembayaran STR Fasa 2 2025
Pembayaran STR Fasa 2 2025 akan disalurkan melalui dua kaedah utama:
- Kredit Terus ke Akaun Bank:
- Bayaran terus dimasukkan ke dalam akaun bank penerima atau pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN):
- Bagi penerima yang tiada akaun bank atau gagal menerima bayaran melalui akaun, wang tunai boleh dituntut di mana-mana cawangan BSN seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Rujukan Rasmi
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan STR 2025, sila hubungi:
- Hotline BKK HASiL: 1-800-88-2747
- Emel: str@treasury.gov.my
- Lawati laman web rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Penafian
Maklumat dalam artikel ini dikongsikan bagi tujuan penyebaran info semasa berkaitan Bantuan STR 2025. Artikel ini tidak mengutip sebarang maklumat peribadi pengguna dan tidak mengenakan bayaran. Segala informasi adalah berdasarkan sumber rasmi kerajaan untuk rujukan umum.