STR Fasa 3 Bermula : Ini Jadual Bayaran Mengikut Jenis Bank

STR Fasa 3 Telah Bermula : Ini Jadual Bayaran Mengikut Jenis Bank. Setelah berbulan-bulan menunggu tarikh bayaran, akhirnya pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa STR Fasa 3 akan dikreditkan secara berperingkat mulai 29 Ogos ini.

Melalui Belanjawan 2024, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim merangkap sebagai Perdana Menteri serta Menteri Kewangan mengumumkan bahawa peruntukan STR telah ditingkatkan sebanyak RM2 bilion yang memanfaatkan penerima yang meliputi 60% penduduk dewasa.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan tunai rahmah merupakan sebuah bantuan tunai yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada setiap isi rumah, bujang, ibu bapa tunggal, warga emas yang berkelayakan.

STR dibayar dalam empat fasa dan pecahan jumlah keseluruhan akan dibahagikan dalam empat fasa pembayaran berkenaan.

STR FASA 3

Telah rasmi bahawa bayaran STR Fasa 3 mula dikreditkan pada 29 Ogos ini. Pembayaran sudah semestinya akan diutamakan kepada pemegang BSN dan seterusnya kepada semua penerima.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bayaran berbeza-beza mengikut kategori penerima. Sila semak dengan teliti

ISI RUMAH B40

  • RM150 – RM600 bergantung jumlah tanggungan

ISI RUMAH M40

  • RM150 – RM300 bergantung jumlah tanggungan

Warga Emas / Tiada Pasangan

  • RM150

Bujang

  • RM 50

Manakala, baki jumlah bantuan akan dibayar dalam fasa akhir iaitu fasa empat kelak.

JADUAL BAYARAN MENGIKUT BANK

Pembayaran akan bermula 29 Ogos hingga 6 September secara berperingkat bagi setiap penerima yang mempunyai akaun bank.

Pembayaran akan lebih diutamakan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) kemudian baru diikuti dengan bank-bank lain.

Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan kes pemegang BSN dibayar lebih lewat berbanding bank-bank lain. Oleh hal demikian, sekiranya bayaran belum masuk 29 Ogos, anda perlu menunggu hingga hari terakhir pembayaran iaitu 6 September.

Manakala bagi penerima tiada akaun bank, turut boleh terima bayaran tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 29 Ogos dan ke depan.