Tarikh Bantuan-Bantuan Penting Kerajaan Sehingga RM 3,000 Pada Bulan November

 

PENDAHULUAN

Bulan Oktober sudah melabuhkan tirainya. Kini giliran bulan November pula mengambil tempat. Umum tahu bahawa sehingga penghujung 2021 pelbagai bantuan akan disalurkan kepada rakyat daripada insentif yang diberikan.

Kini rakyat sedang tertunggu-tunggu bayaran bantuan bagi bulan November yang akan disalurkan. 

Pelbagai jenis bantuan yang bakal diberikan atau boleh dimohon untuk bulan November. Mari kita saksikan sama-sama di bawah.

TARIKH DAN SENARAI BANTUAN BULAN NOVEMBER

Di bawah kami akan kongsikan beberapa bantuan penting yang akan diterima dan boleh di mohon pada bulan November ini. Jom baca bersama-sama

1. Bayaran i-Citra RM 1,000 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui halaman Facebook rasmi mereka sudah mengumumkan bahawa pembayaran i-Citra bulan November bermula pada
  • 1 November 2021
Jumlah bayaran maksimum adalah sehingga 
  • RM 1,000 sahaja 
  • Maksimum RM 5,000 bagi tempoh 5 bulan.
Manakala, bulan Disember adalah pembayaran terakhir bagi pembayaran i-Citra atau penerima yang sudah cukup 5 bulan pembayaran.

2. Bayaran Bantuan Khas Covid (BKC) Fasa 2

Pembayaran BKC adalah sebanyak 3 fasa bayaran sahaja. Dimana kesemua fasa akan dibayar sehingga penghujung Disember.

Kini giliran BKC Fasa 2 dibayar setelah Fasa 1 pada bulan September lepas.

Untuk pengetahuan anda, tiada tarikh rasmi bayaran BKC buat setakat ini. Tetapi yang pasti pembayaran akan dikreditkan selewat-lewatnya penghujung November.

Manakala, jumlah bantuan adalah sehingga 
  • RM 500 mengikut kelayakan anda dan kategori masing-masing.

Tiada permohonan baru dibuka setakat ini.

3. Bayaran GKP  4.0 Fasa 2

Bantuan GERAN KHAS PRIHATIN sudah diterima selama 4 fasa oleh pemohon yang layak.  

Bantuan ini adalah bantuan kewangan kepada PKS mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan untuk mereka walaupun sudah menerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.

Jumlah bayaran untuk GKP 4.0 adalah berjumlah
  • RM 1000
  • Pembayaran RM 500 sudah dikreditkan pada GKP 4,0 Fasa 1 bulan September
Kini, baki bantuan adalah RM 500 yang akan dibayar kepada penerima selewat-lewatnya pada penghujung November ini.

Tiada tarikh bayaran rasmi untuk GKP 4.0 fasa 2 setakat ini. Kami akan kemaskini dari masa ke masa.

Permohonan Bantuan Musa’adah Tijariyya 2.0 MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melanjutkan bantuan ini sehingga 18 November 2021 depan.

Bantuan ini adalah salah satu inisiatif MAIWP dalam membantu asnaf meningkatkan kehidupan melalui perniagaan.

Manakala, jumlah bantuan adalah 
  • RM 3,000 bagi yang layak
  • Bantuan akan diberikan dalam bentuk modal pusingan
Borang permohonan boleh dimuat naik melalui laman web rasmi MAIWP ataupun boleh diambil melalui Pusat Agihan Zakat (PAZA).

  • Untuk pengetahuan anda sebelum membuat permohonan, syarat kelayakan minimum adalah individu atau pemohon haruslah sudah bermastautin dan menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun.

0 thoughts on “Tarikh Bantuan-Bantuan Penting Kerajaan Sehingga RM 3,000 Pada Bulan November”

  1. Mengapa bks di masukkan ke dalam account suami….sedang kan sebelum ini bantuan akan di masakkan ke dalam account isteri…..tetapi setelah berapa kali terima bks…bantuan itu tidak sampai pun ke account suami saya…di sebab kan account itu bercampur dengan gaji bulanan suami saya….disini saya mohon..setiap bantuan atas nama suami….boleh tak di masukkan ke account isteri…

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply