Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Bulan Mac

 

TERKINI : Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Bulan Mac

TARIKH BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) BULAN MAC

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan sebuah bantuan yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang layak sahaja.

Ia merupakan bantuan tahunan yang diberikan kepada rakyat yang layak bertujuan untuk meringankan beban kewangan.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Keempat-empat bantuan diatas mempunyai objektif yang sama iaitu meringankan beban rakyat.

Untuk pengetahuan pembaca, 2022 merupakan tahun pertama BKM mula diperkenalkan.

TARIKH BAYARAN

Untuk pengetahuan pembaca, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibayar dalam 4 Fasa bermula Mac ini.

Tetapi untuk setakat ini tiada tarikh rasmi berkenaan pembayaran Fasa 1 hingga Fasa 2. Walau bagaimanapun, berikut ialah bulan bayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 2 serta kategori yang akan dibayar.

1. FASA 1 – MAC

Pembayaran kepada kategori
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang

2. FASA 2 – JUN

Pembayaran kepada kategori
  • Isi rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

3. FASA 3 – SEPTEMBER

  • Isi rumah
  • Warga emas bujang / tiada pasangan
  • Bujang

4. FASA 4 – DISEMBER

  • Isi rumah
  • Warga emas bujang / tiada pasangan

JUMLAH BANTUAN

Jumlah maksimum pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah 
  • RM 2,000
Tetapi sekiranya anda layak menerima bantuan tambahan BKM RM 500 / RM 300 maka pembayaran bantuan BKM anda turut bertambah.

CARA PERMOHONAN

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk verifikasi kelayakan.

Manakala untuk permohonan baharu sudah tidak boleh dibuat kerana permohonan telah ditutup pada 31 Januari lepas.

CARA BAYARAN

Pembayaran yang akan dilakasanakan adalah seperti berikut 

1. Pengkreditan ke akaun bank terkini yang ada dalam pangkalan data untuk yang berjaya kredit

2. Manakala untuk yang gagal kredit, tuntutan tunai boleh dibuat melalui mana-mana cawangan BSN berdekatan

3. Tuntutan tunai kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau penerima di kawasan luar bandar 

0 thoughts on “Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Bulan Mac”

  1. Mmg gmpang punya ulasan… KAU gaji menteri boleh la sekat itu ini. Yg rakyat marhen ni mcm mna? Kalau kau jenis pk rakyat, kau tak konar sana sini

    Reply

Leave a Reply to lila Cancel reply