Tarikh Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 Pada November

 

Pembayaran untuk GKP kembali diteruskan untuk membantu golongan yang memerlukan lebih-lebih yang teruk terbeban akibat pandemik yang berlaku.

GERAN KHAS PRIHATIN 

Geran Khas Prihatin atau GKP adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro yang berkelayan untuk meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

GKP ini mula dilaksanakan pada pertengahan tahun 2020 semasa negara sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 untuk membantu golongan terbabit kerana penutupan hampir seluruh sektor ekonomi.

Sehingga hari ini, pembayaran GKP sudah dilaksanakan sebanyak 5 Fasa iaitu GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0, GKP Tambahan dan GKP 4.0.

GKP 4.0

Geran Khas Prihatin 4.0 telah diumumkan pada Jun 2021 lalu oleh Kerajaan semasa negara menghadapi ‘Full Lockdown’. 

Bantuan GKP 4.0 ini sudah diagihkan pada September lepas dan akan datang iaitu bulan November.

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MENERIMA GKP 4.0

Berikut ialah syarat kelayakan untuk menerima GKP 4.0 :
  • Penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 akan menerima GKP 4.0 ini.
Mereka tidak perlu untuk membuat permohonan baharu untuk menerima GKP 4.0.

Tetapi kepada yang belum menerima apa-apa GKP, mereka boleh membuat permohonan GKP 4.0 pada pertengahan Julai lalu. Permohonan baharu sudah ditutup pada 31 Julai.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah keseluruhan bantuan GKP 4.0 adalah sebanyak
  • RM 1,000
  • Tetapi pembayaran akan dibuat secara dua kali
  • Maka jumlah tersebut akan dibahagi dua kepada RM 500 pada bulan September dan RM 500 pada November

TARIKH BAYARAN

Tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan berkenaan tarikh bayaran GKP 4.0 Fasa 2. Sedia maklum, pembayaran kali pertama GKP 4.0 ialah pada September lepas. 

Manakala pembayaran kedua akan dilaksanakan pada bulan November ini seperti yang dimaklumkan oleh pihak kerajaan sebelum ini.

Selewat-lewatnya, pembayaran GKP 4.0 November akan dikreditkan ke akaun bank anda pada penghujung November ini.

Diharapkan anda terus bersabar dan peka mengenai bayaran GKP 4.0. Pihak kami akan sentiasa kemaskini maklumat  GKP dari masa ke masa.

CARA BAYARAN

Berikut ialah kaedah pembayaran yang akan dilaksanakan :

  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau
  • akaun bank persendirian penerima sedia ada iaitu GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
  • Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan atau semasa yang aktif sahaja.





0 thoughts on “Tarikh Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 Pada November”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply