Tarikh bayaran i-Citra bulan Oktober – KERJASEMASA.COM

 

Sukacita diumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan tarikh rasmi bayaran ketiga i-Citra iaitu bayaran untuk bulan Oktober.

Pengumuman ini amat dinantikan setiap bulan oleh para penerima i-Citra.

TARIKH BAYARAN RASMI I-CITRA


Mengikut pengumuman yang dikeluarkan oleh KWSP melalui Facebook rasmi mereka, bayaran i-Citra bulan Oktober akan bermula pada
  • 1 Oktober 2021 
  • Tempoh pembayaran selewat-lewatnya 3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank
Info tambahan : 
Pembayaran adalah dibayar secara berperingkat, pembayaran anda mungkin akan lewat selama beberapa hari

CARA MEMBUAT SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA


Semakan tarikh bayaran i-Citra adalah melalui i-Akaun

Langkah ini hanya boleh dilakukan kepada penerima yang mempunya i-Akaun
  • Buka aplikasi i-Akaun melalui telefon pintar atau laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
  • Sila daftar masuk melalui ID & KATA LALUAN yang telah didaftarkan
  • Klik dan semak pada bahagian ‘PENGELUARAN / WITHDRAWAL (BAHASA INGGERIS)’
  • Kemudian klik pada ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  • Selanjutnya, klik di paparan ‘i-Citra’
  • Tarikh bayaran akan dipaparkan 

SEMAK TARIKH BAYARAN BAGI BULAN BERIKUTNYA SELEPAS  OKTOBER


Pembayaran i-Citra adalah sama juga pembayaran i-Sinar dan i-Lestari yang dilaksanakan sebelum ini.

Anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Citra pada i-Akaun KWSP anda.
  • Jika pada i-Akaun anda, kolum ‘Monthly Recurring End Date’ bertarikh pada 2 Disember, ia bermakna tarikh pembayaran untuk setiap bulan ialah pada tanggal 2.
  • Tetapi, tarikh i-Citra ini turut akan berubah sekiranya tarikh jatuh pada hujung minggu (weekend).
  • Anda hanya perlu rujuk tarikh penerimaan akhir untuk mengetahui tarikh pembayaran bulanan.

0 thoughts on “Tarikh bayaran i-Citra bulan Oktober – KERJASEMASA.COM”

  1. Mcm saya pembayaran i.citra pd bln September bertarikh 9/9/2021 jankaan tarikh pembayaran bgi bln Oktober berapew hri bln ya??👈pls replay blik bosku🙏

    Reply

Leave a Reply to fairusazmi87 Cancel reply