Tarikh Rayuan BKM Fasa 1 Untuk Individu Yang Dapat Status Gagal

Tarikh Rayuan BKM Fasa 1 Untuk Individu Yang Dapat Status Gagal

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan sebuah bantuan yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun ini. Berikut adalah tarikh rayuan BKM Fasa 1

BKM 2022

BKM adalah sebuah bantuan tunai yang akan dibayar dalam 4 Fasa bermula bulan Mac ini. Pemberian bantuan ini adalah lebih bersasar kepada golongan dengan syarat tertentu bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat yang berpendapatan rendah.

TARIKH BAYARAN BKM FASA 1

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 sudah bermula pada 28 Mac dan dijangkakan sehingga 8 April depan.

Manakala, untuk penerima tanpa kad atau gagal kredit, mereka boleh membuat penebusan tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasioanal (BSN) bermula 30 Mac ini.

Walau bagaimanapun, disebalik penerimaan bantuan bagi yang status lulus terdapat juga sebilangan rakyat yang menerima status gagal untuk pembayaran BKM Fasa 1 ini. Oleh yang demikian, Perdana Menteri umumkan tarikh rayuan BKM Fasa 1 untuk individu yang dapat status gagal.

TARIKH RAYUAN BKM FASA 1

Sekiranya semakan status BKM Fasa 1 anda gagal, anda boleh membuat rayuan seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri.

Bagi memastikan program Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tarikh rayuan BKM Fasa 1 akan dibuka bermula
  • 3 Mei untuk tempoh sebulan
Diharapkan, kesemua pemohon yang gagal membuat permohonan rayuan semula.

KAEDAH BAYARAN

Berikut adalah kaedah bayaran untuk BKM 2022 :

1. Isi rumah, warga emas, bujang / tiada pasangan yang mempunyai akaun bank
  • akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing.
2. Manakala untuk penerima yang tiada akaun bank atau status gagal kredit
  • boleh buat penebusan tunai melalui cawangan BSN mulai 30 Mac ini.

CARA BUAT SEMAKAN STATUS

Sekiranya anda masih tidak tahu cara untuk membuat semakan status permohonan BKM Fasa 1, berikut adalah caranya :
  1. Layari laman web BKM 2022 di carian anda bkm.hasil.gov.my
  2. Klik pada LOG MASUK BKM
  3. Seterusnya, masukkan pula Nombor Kad Pengenalan dam Kata Laluan anda
  4. Sila klik SEMAKAN STATUS untuk membuat semakan status pada paparan berikutnya
  5. Status semakan anda dipaparkan

0 thoughts on “Tarikh Rayuan BKM Fasa 1 Untuk Individu Yang Dapat Status Gagal”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply