TERKINI! Isu Pengeluaran RM 10,000 KWSP i-Ceria

 

TERKINI! Isu Pengeluaran RM 10,000 KWSP i-Ceria

PENGELUARAN RM 10,000

Sedia maklum, rakyat menyambut baik sebuah cadangan oleh Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharid terhadap pelaksanaan kemudahan pengeluaran KWSP i-Ceria.

Walau bagaimanapun, pihak KWSP tidak bercadang untuk membuat pengeluaran RM 10,000 KWSP i-Ceria atau mana-mana kemudahan lain selain i-Citra dan i-Sinar.

TIADA CADANGAN BENARKAN PENGELUARAN TAMBAHAN

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat masa ini tidak bercadang untuk membenarkan lagi pengeluaran oleh ahlinya selepas tiga skim.

Perkara tersebut diperkenalkan sebelum ini, tegas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, tumpuan pengurus dana persaraaan itu kini adalah membina semula simpanan hari tua ahli dan itu adalah mandat yang diterimanya.

Katanya, tiga skim yang diperkenalkan sebelum ini iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dilaksanakan tepat pada masanya dalam membantu ahli berdepan cabaran dicetuskan pandemik.

KWSP ADALAH DANA PERSARAAN

Jelasnya, KWSP adalah dana persaraan yang diberi mandat bagi melindungi simpanan ahli untuk keperluan dan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

“Kita faham bila terima desakan, tetapi kena ingat mandat KWSP yang diberi mengikut Akta KWSP 1991 untuk menolong ahli mencapai simpanan hari tua yang cukup. Bantuan yang dibuat adalah tepat pada masanya dan masa itu sudah habis.

“Lagipun, kita sudah nampak sudah dalam pemulihan. Perangkaan pekerjaan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan negara dalam pemulihan.

“Saya harap kita tidak payah keluar lagi. KWSP akan terus dengan mandat untuk membina simpanan hari tua.

KEPERLUAN ALIRAN TUNAI

Beliau berkata sedemikian bagi mengulas sama ada KWSP mempertimbangkan untuk membenarkan pengeluaran selanjutnya bagi membantu ahli yang terkesan akibat pandemik.

KWSP sebelum ini menyifatkan skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar pada 2020 diikuti i-Citra pada Julai 2021 adalah bersifat luar biasa kerana inisiatif itu diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi keperluan aliran tunai yang mendesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kelembapan ekonomi.

Kuala Lumpur : Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi 2021 dijangka akan lebih baik berbanding tahun sebelumnya dengan anggaran antara 5.5 ke 6.0 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.0 ke 5.5 peratus untuk Simpanan Syariah.

Menurut Prof Madya Ts Dr Anuar Shah Bali Mohamed dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Universiti Putra Malaysia (UPM), berdasarkan kepada situasi ekonomi pada 2021 khususnya suku keempat 2021, berkemungkinan dividen dijangkakan diumumkan oleh KWSP pada Isnin adalah lebih baik jika dibandingkan dengan 2020.

 

0 thoughts on “TERKINI! Isu Pengeluaran RM 10,000 KWSP i-Ceria”

  1. Rakyat sangat memeelukan wang simpanan mereka disebabkan faktor kehidupan yg makin mencabar….ada rakyat yg mengalami kesempitan hidup sehinggakan sanggup membunuh diri disebabkan kesempitan hidup

    Reply
  2. Cakap senang..yg menanggung rakyat..cuba turun dan selami satu persatu hidup rakyat..ramai je lagi yg masih memerlukan..masih ada lagi mangsa banjir yg terkesan belun menerima bantuan..

    Reply
  3. Benarkn KWSP 10k oneoff ,skg ni banyak mau kna bayar,ankĀ² sekolah..mna lg mau byar itu ini smpai mgutang d sana sini..kesian lh rakyat ni byak bebanan hidup…korang menteri ok lh duit banyak..kmi rakyat kais pagi makan pagi ,kais ptg mkn ptg…kesian anakĀ² kami..

    Reply
  4. Tul tu bnyak utang yg tertunggak ank sklh lagi..skurg2 leh kurgkn beban yg kite org ada… nk ikutkn klu utk ari tua..lom tau kite org dpt rasaknn…

    Reply
  5. yg nampak ekonomi semakin pulih… tetapi yg tidak nampak rakyat terbeban dengan hutang ketika pandemik sebelom ini . dengan ini jika dapat i ceria dptla rakyat langsaikan hutang dan hidup aman dan damai ..dlm keadaan sekarang agak sukar utk menyara keluarga dan membayar hutang… dgn kenaikan hrga brg yg mendadak… kami sebagai rakyat memng mengharap i ceria ini .. demi kelangsungan hidup akn dtg ..

    Reply
  6. Mandat lancau la…….jgan asik bg alasan Hari tua…..fikir la Hari masa Masih hidup susah ni……supaya boleh kembali kepada normal……rakyat mnta bg je la….Tu duit Kami juga…..bkn duit kw la ceo A H

    Reply
  7. Woi otak jangan letak dkt lutut. Mereka yang minta tu perlu bayar hutang apa guna duit kwsp waktu tua akibat hutang sekarang mengatasi wang kwsp. Kwsp paling tinggi 6% setahun. Hutang mereka 6% sebulan. Sekarang pun ada yg dpat duit kwsp bayara hutang tak cukup las harta bends pun kena rampas bankrap si.Kena fikir sikit covid ramai tak kerja hutang pwrlu bayar. Contoh kereta yg ditarik ingat habis hutang ke. Buat keputusan guna akal dikepala jangan dilutut

    Reply
  8. jika rakyat semuanya kaya x perlu la mohon pengeluaran 10k pada kwsp……perlu fikirkan rakyat…tiada rakyat tiada pemimpin…tolong la dengar keluhan rakyat bkn mementingkan diri….

    Reply
  9. Kwsp Sudah dapat keuntungan yg Banyak.. APA lah Salahnya utk meluluskan iceria.. drpd masuk ke tembolok org atas.. pikir lah sikit utk rakyat yg terkena dgn wabak COVID serta mangsa banjir.. kenapa zalim sgt dgn rakyat!!! Kami tuntut ni adalah Dari duit Kami, bukan Dari duit bpk korang.. cukop2 la masuk tembolok korang.. ade otak pikir la celake.. simpati sikit dgn rakyat ni.. bersyukur lah, Kami sokong korang.. tak payah la nk sibok pikir utk Hari Tua.. tak payah drama la sial ..

    Reply
  10. Bro kerajaan kite ni mmg celake.. sedangkan ape yg kite mintak ni duit Kita jgk Kan.. sumpah AKu mmg geram dgn kerajaan skrng ni.. dorang ni pikir utk tembolok dye Dan utk anak2 dye je.. mmg lahanat betul la….

    Reply

Leave a Reply to Aidil Yuyie Cancel reply