11 Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan Bulan Ini

Terdapat beberapa kemudahan KWSP yang membolehkan para pencarum mengeluarkan wang simpanan mengikut syarat ditetapkan.

Melalui pengeluaran secara sebahagian iaitu melalui Akaun 2, terdapat sebelas kemudahan bersyarat dimana pencarum boleh membuat pengeluaran.

PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP

Selain daripada itu, pihak KWSP turut menyediakan kemudahan dimana pada ahli boleh membuat pengeluaran secara bersyarat.

Di KWSP terdapat 2 jenis akaun iaitu akaun 1 yang merupakan pengeluaran penuh dan akaun 2 iaitu pengeluaran sebahagian wang simpanan.

Melalui Akaun 2, terdapat 11 jenis pengeluaran yang para pencarum boleh lakukan mengikut syarat.

MELANGKAH KE MAKKAH – HAJI

Pencarum yang beragama Islam berusia 55 tahun dan ke bawah yang sedang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji.

Pengeluaran maksimum RM 3,000 atau baki akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah.

PEMBELIAN RUMAH

Bagi pencarum warganegara Malaysia dan bukan Warganegara anda turut boleh membuat pengeluaran Akaun 2 untuk membeli rumah kediaman.

KESIHATAN PENCARUM

KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan atau peralatan bantuan kesihatan.

BERUMUR 50 TAHUN

Sekiranya anda sudah mencapai usia 50 tahun, anda boleh membuat pengeluaran keseluruhan simpanan Akaun 2 KWSP.

Ia merupakan sebagai persediaan untuk persaraan anda. Anda boleh membuat pengeluaran sekiranya mempunyai simpanan pada Akaun 2.

PEMBINAAN RUMAH

KWSP turut menyediakan kemudahan untuk pembinaan rumah. Terdapat 2 kategori iaitu pembinaan dengan pembelian tanah atau pembinaan atas tanah yang sudah dimiliki.

Layak bagi setiap pencarum yang berusia 55 tahun dan ke bawah serta mempunyai baki simpanan pada Akaun 2 KWSP.

Manakala, baki 6 Pengeluaran Sebahagian yang dibenarkan adalah

  1. Pendidikan
  2. Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  3. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  4. Perumahan Fleksibel
  5. Perumahan PRIMA
  6. Simpanan Melebihi RM 1 Juta

Leave a Comment