Bantuan e-Pemula Dinaikkan Kepada RM 200 Seorang

Bantuan e-Pemula Dinaikkan Kepada RM 200 Seorang

Pada tahun 2023, bantuan e-Pemula akan dinaikkan jumlahnya kepada RM 200 berbanding RM 150 pada tahun ini.

Perkara ini telah memberikan kegembiraan kepada golongan belia serta pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

BANTUAN E-PEMULA DINAIKKAN 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada pembentangan Bajet 2023, program e-Pemula ini diteruskan bagi tahun 2023 dengan peningkatan peruntukan sebanyak RM 400 juta dan kenaikan jumlah asal kredit daripad RM 150 kepada RM 200 setiap seorang.
Selain daripada itu, golongan M40 turut akan menerima bantuan kredit e-Pemula tetapi dengan jumlah yang berbeza. Pemberian kepada Kumpulan M40 ini merupakan satu inisiatif terbaru yang dilaksanakan oleh kerajaan.

KADAR BANTUAN 

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, pemberian bantuan e-Pemula diberikan kepada 2 kumpulan dengan jumlah yang berbeza iaitu
  • e-Pemula Belia : RM 200
  • e-Pemula Kumpulan M40 : RM 100

SYARAT KELAYAKAN

Mengenai syarat kelayakan pula, berikut adalah syarat kelayakan mengikut kumpulan yang diagihkan :

E-PEMULA BELIA

Dianggarkan sebanyak 2 juta belia bakal menerima manfaat tersebut, berikut adalah syarat yang diperlukan
  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau
  • Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak kira umur

E-PEMULA M40

Bagi e-Pemula kumpulan M40 pula, dianggarkan 8 juta individu bakal menerima inisiatif tersebut
  • Layak kepada individu yang berpendapatan tahun di bawah RM 100,000

TARIKH BAYARAN

Setakat ini, tiada tarikh penebusan ditetapkan oleh pihak kerajaan. Maklumat lanjut mengenai bantuan e-Pemula ini akan kami kemas kini dari masa ke masa.

0 thoughts on “Bantuan e-Pemula Dinaikkan Kepada RM 200 Seorang”

  1. Shearing is a course of the place the material is cut by a shearing force that overcomes the material's ultimate shear energy. At the same time, a punch or shear presses down the place the die has a gap for the material to be Shower Curtains For Kids Bathrooms cut by way of, thus cutting the half. Fabrication can quickly produce prototype components with the same precision and velocity that might possibly} produce in production.

    Reply

Leave a Comment