ADAM50 : Cara Permohonan Amanah Dana Anak Malaysia 2020







ADAM50 

ADAM 50 merupakan satu skim bantuan kepada bayi warganegara Malaysia, yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Dise,ber 2020.
Jumlah bantuan bernilai RM 200 melalui unit amanah saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Bantuan RM 200 ini hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun.

Tarikh Permohonan ADAM50 

  • Tarikh permohonan telah dibuka sehingga 31 Disember 2020
  • Pendaftaran hendaklah dilakukan dalam tempoh maksimum setahun selepas tarikh lahir bayi tersebut.
Syarat Kelayakan Skim ADAM50
  1. Warganegara Malaysia
  2. Bumiputera – ASB, Bukan Bumiputera – AS 1Malaysia
  3. Ibu bapa atau penjaga haruslah berumur 18 tahun ke atas sewaktu membuat pendaftaran.
Kriteria Syarat Kelayakan Bayi
  • Lahir pada 1 Januari 2018 atau selepas 
  • Warganegara Malaysia
  • Ibu bapa atau penjaga berdaftar tidak diishtiharkan muflis sepanjang tempoh pelaburan
Cara-cara Permohonan Skim ADAM50
Ibu bapa atau penjaga berdaftar boleh membuat permohonan melalui cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB di seluruh negara.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan
Anda perlu membawa dokumen seperti berikut :
  1. Salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga berdaftar
  2. Salinan dokumen MyKId bayi atau sijil kelahiran
  3. Sebarang dokumen sokongan jika diperlukan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain.

0 thoughts on “ADAM50 : Cara Permohonan Amanah Dana Anak Malaysia 2020”

  1. bukankah Zeti telah umum dana utk Adam50 ini ditamatkan pada Disember 2018, namun diberi lanjutan tempoh pembukaan akaun sehingga Mac 2019 bagi bayi yang lahir pada 2018. Jadi ada lagi kah, atau telah ditamatkan sebenarnya?

    Reply

Leave a Comment