Pelbagai jenis pelaksanaan bantuan baru dilaksanakan bermula tahun ini melibatkan golongan-golongan yang disasarkan oleh pihak kerajaan.
Tetapi, ada juga bantuan yang diteruskan tetapi dengan penambahan jumlah bantuan seperti Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023.
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
Objektif utama pelaksanaan bantuan ini adalah untuk membantu pekebun kecil yang terjejas akibat musim tengkujuh yang melanda.
Pelakasanaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini sudah dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas lagi.
Tetapi terdapat sebuah perubahan dari segi jumlah bantuan dan tarikh bayaran bagi BMT 2023 ini.
JUMLAH BANTUAN 2023
Jumlah bantuan bagi BMT tahun 2022 dan sebelumnya adalah berjumlah RM 600 seorang.
Walau bagaimanapun, untuk tahun 2023 ini pihak kerajaan telah menaikkan jumlah bantuan kepada RM 800 iaitu penambahan sebanyak RM 200 seorang.
TARIKH BAYARAN
Jika anda perasan, jadual atau tarikh bayaran turut berubah bermula tahun ini.
Bagi tahun-tahun sebelum ini, pembayaran BMT akan dilaksanakan pada penghujung tahun iaitu November dan Disember.
Tetapi, bagi BMT 2023 pembayaran bantuan ini dilaksanakan pada 3 bulan terawal iaitu Januari, Februari dan Mac 2023.
BAKI BANTUAN RM800 DIBAYAR SEBELUM APRIL
Sedia maklum, pembayaran BMT Fasa 1 dan 2 yang telah dilaksanakan pada Januari dan Februari lepas telah berjalan dengan baik dan diberikan kepada penerima yang layak.
Kini baki bantuan tersebut adalah RM 200 dan akan dibayar selewat-lewatnya pada penghujung bulan ini.
- RM 300 - JANUARI
- RM 300 - FEBRUARI
- RM 200 - MAC
