Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif oleh kerajaan persekutuan kepada rakyat yang disayangi. Perkara ini sentiasa dititikberatkan untuk meringankan beban hidup rakyat.
Bantuan maksimum RM800 ini telah dibayar secara berperingkat dalam 3 bulan dan kini hanya berbaki RM200 untuk pembayaran terakhir.
BANTUAN BERJUMLAH RM 800
Bantuan tersebut adalah Bantuan Musim Tengkujuh di mana jumlah bantuan berkenaan telah dinaikkan oleh pihak kerajaan.
Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan agar tiada pekebun tercicir bantuan berkenaan.
JUMLAH BANTUAN DINAIKKAN
Bermula tahun 2023 ini, pemberian BMT ini telah dinaikkan kepada RM 800 berbanding tahun-tahun sebelum iaitu pada kadar RM 600 sahaja.
Penambahan jumlah bantuan ini adalah untuk membantu para pekebun yang terkesan akibat musim tengkujuh yang melanda negara.
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM 800
Berikut adalah bulan bayaran bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023. Untuk pengetahuan anda, pembayaran Fasa 1 pada Januari, Fasa 2 pada Februari dan Fasa akhir adalah pada Mac 2023.
Ini adalah jumlah amaun mengikut bulan
- Januari – RM 300
- Februari – RM 300
- Mac – RM 200
BANTUAN RM 200 DIBAYAR PENGHUJUNG BULAN
Sedia maklum, pembayaran BMT Fasa 1 dan 2 telah selesai dikreditkan kepada penerima. Untuk baki bantuan berjumlah RM 200 tersebut, mengikut jadual akan dibayar pada Mac ini.
Pembayaran akan dikreditkan selewat-lewatnya pada penghujung bulan ini iaitu pada 31 Mac 2023.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut, atau pernyataan berkaitan BMT 2023, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT di talian
- 03-4251 0171