BANTUAN 100 DALAM IC 2025: SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN 100 DALAM IC 2025: SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Memetik kata-kata daripada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau berkata Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini adalah salah satu usaha bantuan bersasar.

Hal ini dapat dilakukan kerana ianya merupakan sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi dapat diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Penyaluran SARA yang melalui MyKad ini juga bersasar kerana dapat memastikan golongan miskin menerima manfaatnya dalam bentuk barangan asas termasuk makanan asas.

Bagaimanakah bantuan 100 dalam IC? Rujuk info serta maklumat dibawah untuk ketahui dengan lebih mendalam.

BACA JUGA: INFO BANTUAN

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Bantuan SARA ini mempunyai beberapa syarat yang perlu ada pada diri penerima untuk menerima bantuan rm100 dimasukkan ke dalam IC penerima. Syaratnya adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Jumlah yang diberikan untuk setiap kategori adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)
JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)
APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

BAYARAN 100 DALAM IC

Bantuan akan disalurkan secara bulanan untuk setiap kategori serta berperingkat. Bagi kategori isi rumah miskin dan miskin tegar, penyaluran telah dibuat bermula 15 Januari 2025, Rabu ke dalam MyKad penerima. Kategori lain masih belum ada tarikh rasmi seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

SEMAKAN BANTUAN 100 DALAM IC

Bantuan SARA ini mempunyai dua kaedah untuk melakukan semakan status. Rujuk panduan dibawah untuk lakukannya:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Semua perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah diambil daripada Portal Rasmi dan bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah: