Bantuan Internet Percuma Tanpa Had Celcom Pada 11 Oktober 2020

Celcom telah mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan penggunaan internet tanpa had pada 11 Oktober 2020 (Ahad) . Ia adalah bersempena “Feel Good Sunday Campaign” pada hari ahad.

Internet percuma tanda had yang ditawarkan mempunyai tempoh had masa tertentu. Ia bermula 12 tengahari sehingga 6 petang sahaja.

Penawaran ini adalah merangkumi kesemua pengguna Celcom termasuklah pengguna prabayar, pascabayar dan juga Enterprise dengan talian aktif

Penawaran ini juga tidak boleh ditebus pada hari atau tempoh masa lain. Ia bermakna anda perlu menggunakannya pada tempoh yang dinyatakan di atas.

Penggunaan hotsport juga turut boleh digunakan secara percuma melalui kempen ini.

Jika pengguna menggunakan internet sebelum atau selepas dari tempoh yang dinyatakan, internet mereka akan tertakluk di bawah penggunaan pelan masing-masing (ditolak dari kuota).

Sumber :wiser.my / celcom 

Leave a Comment