Bantuan Kewangan RM 300 Dibayar Pada November – Semak Sekarang

 

Bantuan Kewangan RM 300 Dibayar Pada November - Semak Sekarang

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang berbantuk kewangan akan dibayar pada November ini. 

APAKAH BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada pekebun yang tercicir untuk menerima bantuan tersebut.
Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang bertujuan untuk meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan musim tengkujuh.

JUMLAH BANTUAN

Setiap pekebun yang layak, pihak RISDA akan memberikan bayaran bantuan berjumlah RM 600. 
Walau bagaimanapun, pembayaran akan dibayar melalui dua peringkat iaitu
  • PERINGKAT 1 – NOVEMBER (RM 300)
  • PERINGKAT 2 – DISEMBER (RM 300)

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN RM 600

Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.
Terdapat 2 cara untuk membuat semakan iaitu
  1. melalui laman web rasmi BMT RISDA disini https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
  2. menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan

TARIKH RASMI BAYARAN

Setakat ini tiada tarikh pembayaran diumumkan oleh pihak kerajaan, tambahan pula Pilihan Raya Umum (PRU) bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.
Sebarang info berkaitan tarikh bayaran akan dikemaskini dari masa ke masa.

RAYUAN PERMOHONAN BANTUAN

Untuk pengetahuan tarikh permohonan telah pun ditutup pada September lepas. Walau bagaimanapun, rayuan permohonan BMT ini akan dibuka bermula 
  • 16 September hingga 31 Disember 2022 ini.
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan :
1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut 
  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
2) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut
  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah
Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur 
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian
  • 03-4251 0171
Anda juga boleh terus layari https://pekebunkecilmakmur.com.my/ untuk informasi penuh mengenai BMT 2022 ini.

Leave a Comment