Bantuan Kewangan RM 300 Kepada Rakyat : Semak Sekarang

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Fasa 3 mula dibayar secara berperingkat pada 26 Jun lalu.

Sebuah bantuan tunai RM 750 turut diberikan dalam pembayaran tersebut dan hanya golongan di bawah sahaja layak menerimanya.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Objektif utama pelaksanaan bantuan ini adalah untuk membantu golongan yang memerlukan termasuklah golongan B40,M40, warga emas, bujang dan ibu atau bapa tunggal.

Bayaran STR ini bakal dibayar pada bulan Jun dan secara keseluruhan adalah sebanyak empat fasa pembayaran.

BAYARAN STR FASA 3 – PENERIMA BARU

Bagi pemohon yang lulus pada permohonan bulan Mac lepas, mereka akan menerima jumlah bantuan STR Fasa 3 yang berbeza daripada penerima lama.

Berikut adalah jumlah bantuan untuk penerima baharu

ISI RUMAH (RM 0 – RM 2500)

  • Tiada anak – RM 600
  • 1-2 anak – RM 900
  • 3-4 anak – RM 1100
  • 5 dan ke atas – RM 1300

ISI RUMAH (RM 2501 – RM 5000)

  • Tiada anak – RM 350
  • 1-2 anak – RM 450
  • 3-4 anak – RM 600
  • 5 dan ke atas – RM 750

BUJANG

  • RM 150

WARGA EMAS

  • RM 300

JADUAL BAYARAN

Pembayaran secara rasmi adalah pada 26 Jun 2023. Walau bagaimanapun bermula 23 Jun, pembayaran mula dikreditkan secara berperingkat kepada penerima yang layak sehigga hari ini.

Bagi yang tiada akaun bank, pembayaran secara penebusan tunai melalui BSN turut boleh dibuat bermula 26 Jun 2023.

Leave a Comment