Bantuan Kewangan RM 700 Automatik Mula Dikreditkan

 

BANTUAN KEWANGAN AUTOMATIK BERJUMLAH RM 700 MULA DIKREDITKAN KEPADA RAKYAT

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui kerajaan pusat atau negeri bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Antaranya termasuklah bantuan kewangan kepada golongan B40 yang merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Ia adalah melalui sebuah skim yang memberikan bantuan kewangan RM 700 kepada mereka dari kategori berkenaan. Bantuan ini akan dikreditkan pada bila-bila masa sahaja.

BANTUAN RM 700 SETAHUN

Melalui Skim Perlindungan Masyarakat MySalam, pihak kerajaan telah memperkenalkan perlindungan percuma kesihatan takaful kepada 6.8 juta rakyat Malaysia.

Ia adalah pendapatan elaun gantian hospitalisasi harian sebanyak RM 50 maksimum 14 hari bersamaan RM 700 setahun. 

SYARAT KELAYAKAN

Penerima MySalam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Keluarga Malaysia.

Manakala, syarat lainnya adalah
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun serta berpendapatan kurang RM 24,000 setahun
  • Individu OKU berumur 18 tahun hingga 65 tahun serta berpendapatan kurang RM 24,000 setahun

CARA MEMBUAT TUNTUTAN

  1. Layari portal rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS atau kata laluan terkini
  2. Klik ikon TUNTUTAN, kemudian ikon PENGHANTARAN TUNTUTAN. Skrol ke bawah laman dan klik ikon TUNTUTAN HOSPITALISASI
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang MUAT NAIK untuk muat naik salinan nota discaj dan salinan dokumen pengenalan. 
  4. Klik butang HANTAR untuk proses tuntutan

TARIKH BAYARAN

Untuk pengetahuan anda, bantuan MySalam ini akan dibayar pada bila-bila masa sahaja. Ia tidak seperti bantuan JKM dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Oleh itu, sekiranya anda layak untuk membuat tuntutan MySalam, pembayaran insentif akan dikreditkan secepat mungkin.

SEMAK KELAYAKAN

Semakan kelayakan telah dibuka kepada individu yang ingin membuat semakan. Ia boleh terus dibuat melalui portal rasmi MySalam https://mysalam.com.my/B40/INFO

Leave a Comment