Bantuan Kewangan RM150 – RM1000 Secara Bulanan

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM ditubuhkan oleh kerajaan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

Pelbagai bantuan yang disalurkan oleh pihak JKM kepada masyarakat yang berkeperluan dan layak menerima bantuan-bantuan.

Pemberian bantuan meliputi semua lapisan masyarakat termasuklah bantuan untuk kanak-kanak, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU). Ini adalah artikel mengenai tarikh bayaran bantuan kewangan JKM bulan Julai 2023.

TARIKH BAYARAN

Kini, para penerima sedang menunggu pembayaran untuk Julai untuk tahun 2023 ini.

Dimaklumkan bahawa pembayaran bantuan bulanan JKM bagi bulan Julai 2023 bermula

  • 1 sehingga 10 Julai 2023

JUMLAH BANTUAN

Pembayaran bantuan adalah bermula RM 150 sehingga RM 1,000 mengikut bantuan yang anda terima.

Misalnya, pembayaran untuk Bantuan Orang Tua (BOT) akan dikreditkan sebanyak RM 500 manakala bantuan maksimum RM 1000 kanak-kanak untuk satu keluarga.

SENARAI BANTUAN JKM

Berikut merupakan senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

  • Bantuan Kanak-Kanak
  • Elaun Pekerja Cacat
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Kerja
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar
  • Bantuan Orang Tua
  • Bantuan Am Persekutuan
  • Bantuan Anak Pelihara
  • Bantuan Latihan Perantis
  • Bantuan Geran Pelancaran
  • Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan
  • Tabung Bantuan Segera

CARA PERMOHONAN

Sebarang permohonan baharu harus seperti berikut :

1. Mohon Secara Online / Dalam Talian

  • Layari laman web rasmi JKM
  • Klik butang Daftar Permohonan Dalam Talian
  • Baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi
  • Anda perlu kedua-dua bahagian iaitu A dan B
  • Setelah selesai isi kedua-dua bahagian dengan lengkap, kemudian klik ‘Keputusan’

2. Hadir ke Cawangan JKM

  • Pemohon atau wakil perlu hadir ke pejabat JKM mengikut daerah yang anda sudah mohon secara online
  • Hadir sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari daripada permohonan online.
  • Anda perlu hadir bersama borang permohonan perdaftaran – MUAT TURUN BORANG

Leave a Comment