Golongan bujang dan warga emas turut menerima manfaat daripada pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023
Bantuan kewangan ini atau Sumbangan Tunai Rahmah ini adalah sebuah bantuan kewangan yang akan dikreditkan kepada penerima dalam empat peringkat mengikut kelayakan masing-masing.
Ini adalah salah satu tugas kerajaan untuk sentiasa ambil peduli mengenai kebajikan rakyat.
BANTUAN KEWANGAN STR 2023
Untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini bukan semua kategori layak terima bantuan kewangan RM 2,500 berkenaan.
Ini adalah jumlah penuh bantuan bagi tahun 2023 mengikut kelayakan masing-masing
KATEGORI ISI RUMAH
BERPENDAPATAN RM 0 – RM 2,500
- 0 Anak – RM 1,000
- 1-2 Anak – RM 1,500
- 3-4 Anak – RM 2,000
- 5 ke atas – RM 2,500
BERPENDAPATAN RM 2,501 – RM 5,000
- 0 Anak – RM 500
- 1-2 Anak – RM 650
- 3-4 Anak – RM 1,000
- 5 ke atas – RM 1,250
WARGA EMAS SEBATANG KARA – 60 TAHUN KE ATAS
- RM 600
BUJANG 21-59 TAHUN (RM 0 – RM 2,500)
- RM 350
BUJANG OKU 19-59 TAHUN (RM 0 – RM 2,500)
- RM 350
JUMLAH BANTUAN STR FASA 3
Kategori Isi Rumah RM 0 – RM 2,500
- Tiada anak – RM 300
- 1 Hingga 2 – RM 400
- 3 Hingga 4 – RM 600
- 5 Dan Ke Atas – RM 800
Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000
- Tiada Anak – Tiada bayaran
- 1 Hingga 2 – RM 150
- 3 Hingga 4 – RM 200
- 5 Dan Ke Atas – RM 250
Bujang, Bujang OKU & Warga Emas
- RM 100
TARIKH BAYARAN
Bayaran bagi STR 2023 Fasa 1 dan 2 telah dikreditkan pada Januari dan April tahun ini.
Manakala bayaran Fasa 3 dan Fasa akhir akan diberikan pada Julai dan November.
BANTUAN TAMBAHAN STR
Selain daripada bantuan di atas, kerajaan turut melaksanakan bantuan tambahan di bawah program STR.
Bantuan berbentuk bakul dan baucar makanan tersebut akan diberikan kepada golongan miskin tegar yang menerima STR 2023.
Pembayaran akan bermula pada Julai.