Bantuan Khas RM 200 Mula Dibayar Secara Berperingkat

Berita baik, pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan menzahirkan kesyukuran dengan berita gembira pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM200 kepada mereka yang diumumkan Perdana Menteri.

BANTUAN KERAJAAN

Pada pembentangan Bajet 2023, kerajaan umum bahawa akan memberikan bantuan kewangan RM 300 sebulan kepada nelayan dan RM 200 sebulan untuk tempoh tiga bulan semusim.

Serta menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM 600 kepada RM 800 untuk tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah.

RAKYAT BERSYUKUR ATAS PEMBAYARAN BANTUAN

Para penerima menyifatkan bantuan berkenaan sebagai bukti kesungguhan dan kepekaan Kerajaan Persekutuan dalam mengutamakan kebajikan pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan sekali gus membantu meringankan beban golongan itu dalam membaut persiapan menyambut lebaran.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan adalah berbeza-beza mengikut kelayakan penerima. Berikut adalah butiran penuh

RM 300

  • Bayaran RM 300 sebulan bagi tempoh tiga bulan semusim
  • Khas kepada nelayan

RM 200

  • Bayaran RM 200 sebulan bagi tiga bulan sahaja
  • Khas kepada pesawah padi

RM 800

  • Bantuan RM 800 yang dibayar dalam tempoh empat bulan
  • DIberikan kepada pekebun kecil getah

BANTUAN DUIT RAYA

  • Bantuan RM 200 diberikan kepada nelayan, pesawah padi dan pekebun kecil getah

TARIKH BAYARAN

Pembayaran duit raya ini mula dibayar pada 10 April sehingga kini kepada penerima yang layak. Pembayaran adalah secara berperingkat.

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini adalah tambahan kepada jumlah amaun yang diumumkan pada Bajet 2023 lalu.

Leave a Comment