Bantuan KWSP RM500 Kepada Rakyat Malaysia Telah Dikreditkan

Bantuan KWSP RM500 Kepada Rakyat Malaysia Telah Dikreditkan : Senarai Penuh Yang Layak. Bantuan Tambahan KWSP RM 500 dikreditkan secara automatik ke akaun 1 anda kepada yang layak. Perdana Menteri telah umumkan sebuah bantuan simpanan tambahan RM500 kepada para pencarum KWSP.

Perkara itu diumumkan pada pembentangan Bajet 2023, Februari lepas. Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahli KWSP berumur antara 40 dan bawah 55 tahun sahaja.

BANTUAN TAMBAHAN KWSP RM RM 500

Pada sesi pembentangan Belanjawan 2023, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi caruman tambahan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) SEBANYAK RM 500 ke Akaun 1 pencarum.

Tetapi bukan semua rakyat layak terima bantuan terbabit, sila semak syarat kelayakan di bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan bagi siapa yang layak terima bantuan tambahan terbabit

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 40 hingga 54 tahun
  • Simpanan KWSP kurang daripada RM 10,000

UNTUK SIMPANAN HARI TUA

Bantuan tambahan RM 500 tersebut merupakan antara usaha kerajaan untuk rakyat membina semula simpanan bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

Perdana Menteri berkata kerajaan turut berharap agar rakyat yang mempunyai simpanan mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat.

TARIKH PENGELUARAN BANTUAN TAMBAHAN

Seramai 1.4 juta ahli KWSP yang terima RM500 one-off Caruman Tambahan Kerajaan untuk meningkatkan keselamatan kewangan.

Insentif ini mula dibayar kepada ahli yang layak. Anda boleh membuat semakan melalui i-Akaun anda, di bahagian transaksi. Sekiranya anda layak, terdapat transaksi Penambahan Caruman ke dalam Akaun 1 berjumlah RM500.