Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif yang telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan diselaraskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bagi membolehkan orang awam khususnya golongan B40 mendapatkan lesen memandu kelas B2.
TUJUAN UTAMA BLKM
- Bagi meningkatkan daya upaya sosio ekonomi golongan B40 dan luar bandar
- Memberi kesedaran kepada masyarakat untuk lebih mengutamakan keselamatan jalan raya dan
- Mengatasi masalah tidak memiliki Lesen Memandu Kelas B2 di kalangan masyarakat yang kurang berkemampuan
JUMLAH BANTUAN
Jumlah bantuan kepada individu yang layak adalah tidak melebihi RM 200 bagi Program di Semenanjung Malaysia. Manakala, RM 250 bagi Program di Sabah dan Sarawak.
Ini bermaksud ini individu yang layak perlu membayar antara RM 200 – RM 250 sahaja.
SYARAT-SYARAT UNTUK CALON YANG INGIN SERTAI
Calon perlulah memenuhi kriteria berikut bagi melayakkan diri untuk program BLKM
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 16 tahun
- Penerima bantuan zakat/ baitulmal (Jabatan Agam Islam Negeri) atau penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) atau penerima Bantuan Keluarga Malaysia, calon perlu menyerahkan salinan berkenaan
- Tanggungan kepada penerima bantuan seperti di atas juga boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program ini
- Sihat tubuh badan dan mental
- Tiada kecacatan fizikal
- Tiada senarai hitam JPJ atau PDRM dan
- Belum memiliki sebarang lesen memandu
- Point ketiga di atas adalah terkecuali bagi calon yang diselaraskan oleh Agensi Kerajaan yang menjadi penyelaras kepada pembangunan atau bantuan masyarakat seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), JKM dan lain-lain
CARA PERMOHONAN
Orang awam boleh menghubungi Pejabat Pemimpin Masyarakat yang dilantik / diiktiraf oleh Kerajaan untuk memohon pelaksanaan program ini di kawasan mereka.