BANTUAN MYKAD RM900 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Penerima Sumbangan Asas Rahmah ( SARA 2025 ) akan menerima bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas yang boleh didapati secara tanpa tunai (cashless) menggunakan MyKad penerima di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh Malaysia.
Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan (SARA) MyKad RM900 2025? Ikuti info lanjut di bawah.
PENERIMA BANTUAN MYKAD RM900
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
PENERIMA SEDIA ADA (0.7 juta penerima) | PENERIMA BAHARU (4.7 juta penerima) |
---|---|
Berstatus Miskin / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih | Bukan eKasih |
Lulus dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 | Lulus dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 |
Kategori: Bujang, Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan | Kategori: Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan |
MANFAAT BANTUAN MYKAD RM900
Bantuan SARA disalurkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima. Ini membolehkan penerima membeli 13 kategori barangan keperluan asas berlabel SARA MyKasih di pasar raya terpilih tanpa menggunakan wang tunai.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Semakan boleh dilakukan secara atas talian melalui dua kaedah berikut:
1. Portal Rasmi MyKasih
Langkah-langkah:
- Layari Portal Rasmi MyKasih
- Klik butang [Semak Status]
- Masukkan 12 digit nombor MyKad
- Masukkan kod Captcha
- Klik [Semak Status]
- Status akan dipaparkan:
Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih
2. Portal Rasmi MySTR
Langkah-langkah:
- Layari Portal Rasmi MySTR
- Klik [Semak Status]
- Masukkan nombor kad pengenalan (12 digit)
- Masukkan kata kunci keselamatan
- Klik [Semakan Status]
- Status dan maklumat bayaran akan dipaparkan: Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih
KATEGORI BARANGAN DILULUSKAN
Berikut adalah barangan berlabel SARA MyKasih yang boleh dibeli menggunakan MyKad:
- Makanan Asas
- Minuman
- Makanan Dalam Tin
- Bahan Perasa
- Produk Kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan Persekolahan
AMAUN BANTUAN MYKAD 2025
Amaun bantuan bergantung kepada kategori penerima:
Kategori | Penerima Sedia Ada (Lulus STR & eKasih) | Penerima Baharu (Lulus STR & bukan eKasih) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2100 (RM100/bulan Jan–Mac, RM200/bulan Apr–Dis) | RM900 (RM100/bulan Apr–Dis) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 (RM100/bulan Jan–Mac, RM150/bulan Apr–Dis) | RM450 (RM50/bulan Apr–Dis) |
Bujang | RM600 (RM50/bulan Jan–Dis) | – |
CARA PEMBELIAN BARANG MENGGUNAKAN MYKAD
Langkah-langkah Pembelian:
- Pilih barangan keperluan asas berlabel SARA MyKasih.
- Juruwang imbas kod barangan yang dibenarkan.
- Bayar menggunakan MyKad – Masukkan 6-digit PIN.
- Simpan resit untuk semakan.
- Pembelian selain barangan berlabel atau melebihi baki MyKad perlu dibayar secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan boleh hubungi:
- Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel: info@mykasih.com
PENAFIAN
Maklumat ini dikongsi bertujuan memberi info sahih mengenai bantuan kerajaan. Kami tidak mengutip maklumat pengguna dan tidak mengenakan sebarang bayaran.
Artikel ini berdasarkan sumber rasmi:
👉 https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara