Bantuan One-Off RM 150 Dibayar Secara Berperingkat

Terdapat sebuah bantuan khas one-off RM 150 mula dibayar secara berperingkat. Untuk ketahui info lengkap, sila rujuk maklumat di bawah

BANTUAN ONE-OFF RM 150

Bantuan tersebut dikenali sebagai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang merupakan sebuah bantuan kewangan diberikan kepada pelajar sejak tahun 2012 lagi.

Pelaksanaan bantuan ini adalah untuk membantu rakyat khususnya ibu bapa untuk pembelian barang keperluan sekolah anak-anak.

JUMLAH BANTUAN

Bermula 2022, pemberian bantuan dinaikkan kepada RM 150 bagi setiap murid yang layak berbanding tahun-tahun sebelum iaitu RM 100.

BANTUAN ONE-OFF DIBAYAR SECARA BERPERINGKAT

Pembayaran secara berperingkat bermula 12 Januari 2023 seperti yang dimaklumkan oleh pihak kerajaan. Tetapi pembayaran dilaksanakan secara berperingkat kerana tarikh bayaran ditetapkan oleh pihak sekolah masing-masing.

Terdapat sekolah yang tetapkan tarikh pengambilan pada waktu persekolahan dan waktu bercuti. Ia bergantung kepada pihak sekolah anak anda.

SYARAT KELAYAKAN

Pembayaran BAP 2023 layak kepada setiap murid tanpa mengira pendapatan bulanan ibu bapa. Asalkan anak anda ialah

  • Warganegara Malaysia
  • Bersekolah di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai perkara di atas, pihak ibu bapa atau penjaga boleh bertanya dengan lebih lanjut kepada guru kelas anak masing-masing.

Leave a Comment