BANTUAN RM 600 UNTUK SATU KELUARGA – SEMAK KELAYAKAN ANDA

Pelbagai jenis bantuan kerajaan yang disalurkan kepada rakyat. Salah satunya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 yang diberikan kepada keluarga dan individu yang layak.

Berikut adalah maklumat terperinci mengenai STR Fasa 3 2023.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Objektif utama pelaksanaan bantuan yang dibayar dalam empat peringkat ini adalah untuk membantu rakyat yang layak dengan kelayakan yang ditetapkan.

Mereka yang layak ini terdiri daripada golongan B40, M40, golongan isi rumah, bujang dan warga emas. Ini merupakan antara langkah kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang terjejas khasnya selepas pandemik yang melanda negara.

JUMLAH BAYARAN STR

Pembayaran STR adalah berbeza-beza mengikut kelayakan dan kategori masing-masing.

Kategori yang bakal menerima jumlah bayaran RM 600 bagi STR Fasa 3 adalah untuk KATEGORI ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM 0 – RM 2,500 dan mempunyai 3 hingga 4 orang anak.

Bujang pula akan menerima bayaran keseluruhan RM 350 seorang.

Selain itu, pihak kerajan turut melaksanakan bantuan tambahan STR berjumlah RM 600. Bantuan tersebut merupakan bantuan bakul makanan yang akan disalurkan RM 100 sebulan bagi tempoh 6 bulan.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Seperti yang dijadualkan oleh pihak kerajaan, berikut adalah tarikh bayaran mengikut bulan bagi STR Fasa 3.

1. Fasa 2 – April

  • 5 April

2. Fasa 3 – Julai

3. Fasa 4 / Akhir – November

KELAYAKAN PENERIMA STR 2023

Sekiranya anda tidak pernah terima bantuan ini atau bantuan sebelumnya, permohonan TELAH DITUTUP.

Kategori Isi Rumah

  • Tiada Had Umur
  • Pendapatan bulanan RM 5,000 DAN KE BAWAH

Kategori Warga Emas Sebatang Kara

  • Berumur 60 Tahun DAN KE ATAS
  • Pendapatan bulanan RM 5,000 DAN KE BAWAH

Kategori Bujang & Bujang OKU

  • Pendapatan Bulanan RM 2,500 DAN KE BAWAH
  • 21 – 59 TAHUN (BUJANG) & 19 – 59 TAHUN (BUJANG OKU)

Kategori Isi Rumah Miskin Tegar

  • Tiada Had Umur
  • Pendapatan Bulanan RM 1,169 DAN KE BAWAH

*Permohonan baharu boleh dibuat melalui laman web rasmi STR www.bantuantunai.hasil.gov.my

Leave a Comment