Bantuan Sekali Bayar RM 2,700 Pada Bila-Bila Masa

 

Bantuan Sekali Bayar RM 2,700 Pada Bila-Bila Masa

PENDAHULUAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian. Ia termasuk dengan bantuan kewangan secara one-off.

Selain itu, pelbagai bantuan yang disalurkan oleh pihak JKM kepada masyarakat yang berkeperluan dan layak untuk menerima bantuan.

Sebagai contoh, pemberian bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meliputi kesemua golongan termasuklah kanak-kanak, Orang Kurang Upaya, Orang tua dan peniaga.

BANTUAN SEKALI BAYAR RM 2,700

Baru-baru ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menawarkan sebuah bantuan kepada golongan peniaga yang berkeperluan.

Untuk pengetahuan pembaca, Bantuan Geran Pelancaran JKM ini adalah satu inisiatif kerajaan yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu kumpulan sasar bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan pembayaran bantuan akan diberikan secara tunai.

OBJEKTIF BANTUAN

Berikut merupakan objektif pemberian Bantuan Geran Pelancaran JKM
  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintegrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari

JUMLAH BANTUAN

Berikut ialah jumlah bantuan yang akan diberikan secara layak :
  • Jumlah maksimum pemberian bantuan ialah RM 2,700
  • Pembayaran adalah secara one-off (sekali) sahaja

SYARAT KELAYAKAN

Berikut ialah syarat kelayakan yang diperlukan untuk bantuan tersebut :
  • Merupakan Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara
  • Merupakan kumpulan sasar JKM
  • Pendapatan bulan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan yang berasa layak untuk dipertimbangkan untuk kelulusan

SYARAT LAIN

Terdapat syarat lain untuk membuat permohonan bantuan ini iaitu 
  • Bantuan hanya diberikan kepada penerima bantuan JKM semasa sahaja
  • Jika anda bukan penerima semasa, pemohon boleh membuat mana-mana bantuan bulanan terlebih dahulu
  • Semakan kelayakan Bantuan Geran Pelancaran ialah berdasarkan penerimaan bantuan bulanan JKM 
  • Sekiranya layak, maka pemohon boleh membuat permohonan Bantuan Geran Pelancaran.

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah cara untuk permohonan bantuan tersebut :

Untuk membuat permohonan Bantuan Geran Pelancaran, anda perlu layak untuk menerima mana-mana bantuan bulan JKM yang lain terlebih dahulu.

Sekiranya layak, barulah data anda disemak untuk kelayakan permohonan Bantuan Geran Pelancaran.
  • Permohonan bantuan bulanan JKM bolrh dibuat melalui mana-mana pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdekatan
  • Anda perlu bawa beberapa salinan dokumen penting seperti Kad Pengenalan pemohon dan keluarga, slip gaji dan bil api.
  • Borang Permohonan turut boleh di muat turun disini dan bawa ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) : BORANG PERMOHONAN JKM

Leave a Comment