Bantuan Tambahan 2023 RM 500 Untuk Ibu Dan Bapa Tunggal

 

Bantuan Tambahan RM 500 Kepada Ibu Dan Bapa Tunggal

Pemberian bantuan kembali diteruskan bagi tahun 2023 sebagai tanda untuk meringankan beban rakyat. Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM turut diteruskan bagi tahun hadapan.

BANTUAN TAMBAHAN BAGI IBU BAPA TUNGGAL

Golongan ibu dan bapa tunggal tidak terlepas untuk menerima bantuan bagi tahun 2023 termasuklah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Pemberian bantuan ini adalah untuk membantu ibu dan bapa tunggal yang mempunyai anak untuk menyara anak mereka dengan pembelian barang berkepentingan.

JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN

Untuk Bantuan Keluarga Malaysia 2022, jumlah bantuan tambahan bagi ibu dan bapa tunggal yang mempunyai tanggungan adalah berjumlah RM 500 tidak termasuk dengan BKM.

Bagi tahun 2023, jumlah bantuan tambahan diberikan adalah kekal RM 500 bagi setiap ibu dan bapa tunggal yang layak.

Walau bagaimanapun, golongan ibu dan bapa tunggal tersebut berpeluang untuk menerima bantuan keseluruhan BKM maksimum RM 3,000 disebabkan penambahan jumlah BKM berbanding maksimum RM 2,500 pada 2022.

SYARAT KELAYAKAN

Pemberian Bantuan Tambahan BKM hanya diberikan kepada

  • Ibu Dan Bapa Tunggal yang menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
  • Mempunyai tanggungan / anak

CARA PERMOHONAN & TARIKH BAYARAN

Permohonan dan tarikh bayaran belum diumumkan setakat ini. Dijangkakan cara dan tarikh permohonan akan dikeluarkan pada Januari 2023.

Manakala, tarikh bayaran pertama mungkin akan dikreditkan seawal Mac 2023 depan.

Leave a Comment