Skip to content

Bantuan tambahan akan diumumkan dalam masa terdekat

 

Kenyataan Menteri Kewangan

Kerajaan bersedia memberi bantuan tambahan untuk meringankan beban rakyat dan sektor perniagaan yang terjejas menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tengku Datuk Seri Zafrul berkata, bantuan sewajarnya bakal diberikan kepada golongan yang terjejas sehingga fasa ketiga atau keempat PPN dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.


Memperhalusi Bantuan Tambahan

Katanya, ketika ini Kementerian Kewangan sedang memperhalusi setiap prosedur operasi standard (SOP) dan merangka penambahbaikan bagi menjamin kelangsungan rakyat serta perniagaan dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19.

“Kerajaan sedang mengkaji semua langkah sedia ada dan bantuan tambahan yang boleh dilaksanakan pada fasa kedua, ketiga dan keempat sebaik saja perincian SOP dimuktamadkan.

Menurutnya, pelaksanaan PPN adalah usaha jelas kerajaan untuk keluar daripada kemelut pandemik Covid-19 dan untuk memulihkan ekonomi negara.

0 thoughts on “Bantuan tambahan akan diumumkan dalam masa terdekat”

  1. Sepatutnya kerajaan memperawalkan segala bantuan untuk rakyat,sekarang ini ramai rakyat yang sangat perlukan bantuan seperti saya.kalau kerajaan tidak dapat menunaikan janji untuk membantu kami,saya harap kerajaan dapat lah menyambungkan pengaluaran i sinar saya,saya ada 3 anak untuk di jaga dan di beti makan tampah suami..jadi kerajaan tolong la beri saya pertimbangan

  2. Takape meskipun aku dalam kesusahan mengharap bantuan tpi takdihiraukan ..jgn cabar kuasa rakyat yer para menteri ..ko gaji sebulan brapa rakyat gaji brapa lpstu kos sara hidup sebulan berapa ..aku takkesah pasal bantuan ko nk bagi brapa tapi ko tlong lah jgn buat rakyat tertunggu2 mcm orng minta sedekah ko buat. jgn sampai kesabaran habis aku guna elmu hitam buat ko binasa klo itu yg boleh buat ko berfikir ..jgn pijak kepala bile rakyat diam ..tabur janji bantuan sana sini tapi bile mohon semua taklayak..aku kerja kampong yg terjejas ni mohon knapa taklayak takkn kerajaan jee mohon layak ..jnji biar ditepati jgn nanti merana diri

  3. Tolong la ye kerajaan..bantuan Dari kerajaan Rakyat perlu..harus di percepatkan..tentang I sinar tu…kami semua ahli kwsp..Mohon terus kan la…i-sinar tu..banyak membantu Rakyat masa sekarang Ni..lebih banyak yg memerlukan pengeluaran i-sinar tu daripada org² yg Kaya d Malaysia Ni…
    Dari mula Ada pkp Ni…1 tin sardin pun Saya tak dapat lagi…sampai la sekarang Ni..
    Harap kerajaan teruskan i-sinar tu..terima kasih

  4. Betul.tu orng makan gaji ada bulan2 layak ..saya pun sama tak keja suami tak ada masuk apa2 tak layak..kerajaan tak fikir ke gara2 lesen kontrak habuk tak ada

  5. Saya salah seorang penerima gkp pembayar cukai. Meminta jasa baik utk memerhatikan kami yg penerima gkp tidak semuanya dlm kalangan org senang. Saya mempunyai syarikat enterprise sahaja berniaga food truck. Sebabkan pandemik ini punca rezeki saya hilang .utk bantuan yg dapat hanya gkp rm1000 ribu. Tetapi kotminmen yg perlu saya jelaskan utk sebulan adalah terlalu tinggi .harap pihak kerajaan dapat membantu utk membantu peniaga2 kecil yg membayar cukai. Tapi mendapat gkp 1ribu sahaja. Tanpa dapat bantuan lain. Apabila cuba memohon bantuan lain tidak layak sebebabkan telah menerima gkp

  6. Aq rasa kerajaan sekarang dah cukup bagus apa…. Menteri bknnya duk pikir bantuan nak bg kat rakyat je, banyak lagi benda lain nak settle. Sama2 lah hadapi dugaan dengan sabar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *