Bayaran BKM Fasa 3 Dijangkakan Pada Penghujung September

 

Bayaran BKM Fasa 3 Dijangkakan Pada Penghujung September

Bayaran BKM Fasa 3 Dijangkakan Pada Penghujung September. Bayaran BKM kembali diteruskan bagi fasa 3. Perkara ini sangat dinantikan oleh para penerima setelah pembayaran fasa 2 pada Jun lalu. Bagi pembayaran fasa 3 ini jumlah maksimum bantuan adalah RM 900 yang akan diberikan kepada individu yang layak.

BAYARAN BKM FASA 3 DIJANGKAKAN PENGHUJUNG SEPTEMBER

Jika kita mengikut trend pembayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia fasa 1 dan 2 lepas, pembayaran dilaksanakan pada penghujung bulan Mac dan Jun. Bagi BKM fasa 1, bantuan mula dikreditkan pada 28 Mac manakala fasa 2 pada 27 Jun.
Melihat daripada trend bayaran tersebut, kemungkinan besar BKM fasa 3 kali ini turut diberikan pada penghujung bulan September ini.
Tetapi buat masa sekarang tiada informasi RASMI yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. 

BAYARAN DALAM PROSES PENGKREDITAN

Sedia maklum bahawa, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 bakal kembali dibayar pada September ini. Oleh itu, pada saat ini pembayaran bantuan adalah sedang di dalam proses pengkreditan tetapi tarikh terkini belum diumumkan buat saat ini.

JUMLAH BANTUAN TERKINI BKM FASA 3 

Berikut adalah kadar bayaran mengikut jenis kategori penerima :
1) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 anak – RM 300
  • 3 dan lebih anak – RM 400
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
  • 0-3 anak dan ke atas – Kesemua RM 100
2) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas


a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 0 anak – RM 500
  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan lebih anak – RM 700
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
  • 0-3 anak dan ke atas – Kesemua terima RM 400
3) Kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak – Tiada had umur
a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 1-2 anak – RM 800
  • 3 anak dan lebih – RM 900
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,00
  • 1-3 anak dan lebih – Kesemua terima RM 600
4) Kategori Bujang dan IBT tiada anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
  • RM 150
5) Bujang dan IBT tiada anak – pemohon 60 tahun dan ke atas

  • RM 150

CARA SEMAKAN STATUS BKM FASA 3

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status :
  1. Log masuk ke portal rasmi https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Semakan Status
  3. Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  4. Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan atau apa-apa maklumat lain yang diperluakan anda boleh layari portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/

Leave a Comment