Skip to content

BNM Turunkan Kadar Faedah Sekali Lagi

The Central Bank of Malaysia (BNM; Bank Negara Malaysia ...

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan untuk menurunkan lagi kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus kepada 1.75 peratus.

Ini menjadikan OPR, yang menjadi penanda aras rujukan kadar pinjaman tempatan, berada pada paras terendah dalam sejarah.

Berikutan itu, kadar siling dan lantai koridor OPR masing-masing dikurangkan kepada 2.00 peratus dan 1.50 peratus.

BNM berkata, impak COVID-19 terhadap ekonomi global adalah teruk.
Keadaan ekonomi global, kata bank pusat, kekal lemah dengan pertumbuhan global yang diunjurkan negatif pada tahun ini.
“Walaupun paras terendah dijangka berlaku pada suku kedua, kelemahan yang menyeluruh dalam pasaran pekerja dan sikap isi rumah dan perniagaan yang berhati-hati boleh menjejaskan pemulihan pada masa depan.
“Beberapa ekonomi utama telah mula melonggarkan langkah pembendungan pandemik COVID-19 yang membawa kepada penyambungan semula aktiviti ekonomi secara beransur-ansur.
“Keadaan kewangan telah bertambah baik, walaupun kegiatan penghindaran risiko terus tinggi. Risiko prospek global menjadi lebih perlahan masih wujud, terutama jika pandemik kembali menular dan memerlukan pelaksanaan semula langkah pembendungan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *