Skip to content

BSH Fasa 3 Julai 2020 Serta Penambahan RM 150 Bagi Setiap Penerima

Setelah Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa 1 dan 2 telah dibayar pada bulan Januari dan Mac lepas, kini pemohon sedang menunggu pembayaran BSH untuk fasa yang ketiga.

Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3

Pembayaran akan bermula pada awal Julai 2020 dan akan selesai seluruh bayaran sebelum Ogos 2020

Tahukah anda, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mengeluarkan notis di lawan web Facebook mereka yang mengatakan tentang bayaran baki BSH fasa 3 yang akan dilaksanakan pada Julai 2020.

Berikut ialah rajah yang menunjukkan jadual pembayaran BSH pada tahun 2020.

Pembayaran fasa 3 akan dilakukan pada Julai 2020 dan tarikh pembayaran masih tidak diketahui.

Tambahan RM 100 Dan RM 50 

Tahukah anda, pembayaran BSH fasa 3 kali ni akan ditambah dengan jumlah RM 150. Di mana RM 100 akan diterima secara tunai manakala RM 50 akan diterima menerusi aplikasi Touch & Go.

Tambahan nilai RM 100 ini telah diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir manakala penambahan RM 50 telah dimumkan oleh Perdana Menteri semasa, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai langkah untuk membantu ekonomi rakyat akibat penularannya Wabak Covid-19.



Permohanan Baru Dan Kemaskini BSH

Permohonan baru dan membuat kemaskini telah ditutup untuk BSH 2020. Tarikh akhir ialah pada 1 Februari sehingga 15 Mac yang lalu.

Anda boleh membuat permohonan baru pada masa akan datang untuk BSH 2021.

0 thoughts on “BSH Fasa 3 Julai 2020 Serta Penambahan RM 150 Bagi Setiap Penerima”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *