Cara Daftar i-Akaun KWSP Untuk Memudahkan Pengurusan Akaun

 

Apa Itu i-Akaun KWSP 

i-Akaun ini adalah untuk memudahkan akses simpanan KWSP ahli untuk menguruskan akaun dengan lebih mudah.

Kita boleh pantau transaksi caruman serta memohon e-pengeluaran dengan lebih mudah. 

Antara kelebihan yang bakal diperolehi oleh ahli adalah boleh melakukan semua urusan berikut secara online sahaja :

  • Kemaskini profil peribadi
  • Semak status penamaan 
  • Semak kelayakan pengeluaran
  • Daftar simpanan syariah
  • Semak penyata KWSP
  • Semak rekod caruman

Cara Daftar i-Akaun KWSP Online

Sebelum mengakses, anda perlu dapatkan ID & kata laluan sementara anda di pejabat KWSP berdekatan

Pencarum boleh membuat membuat permohonan pendaftaran i-akaun (ahli) melalui e-mel ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my berserta dokumen sokongan berikut :
  • Borang permohonan melalui e-mel
  • Lampiran MyKad (Depan & Belakang)
  • Gambar swafoto pencarum bersama MyKad dan
  • Bukti pemilikan nombor telefon ahli (contoh : bil telefon) atau
  • Tangkapan skrin penyata yang tertera nama ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.
  • Salinan Buku / Penyata Akaun Bank Simpanan / Semasa Yang Aktif milik ahli
  • Sila muat turun borang permohonan di bawah.


Untuk pengetahuan umum, jika pengesahan berjaya, anda akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli).


Kemudian anda hendaklah mengemaskini kata laluan baru.

Anda perlu membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Cara Aktifkan i-Akaun KWSP Online
  • Layari https://www.kwsp.gov.my
  • Pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS.
  • Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan Dan Frasa Rahsia anda. 
  • Apabila pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
  • Log masuk dengan maklumat baharu akaun anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP

0 thoughts on “Cara Daftar i-Akaun KWSP Untuk Memudahkan Pengurusan Akaun”

Leave a Comment