Cara Semakan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1

 

CARA SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023

Ini adalah panduan atau cara semak Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1. Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pembayaran rasmi Sumbangan Tunai Rahmah bermula 17 Januari 2023. 

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 atau sebelum ini iaitu Bantuan Tunai Rakyat adalah sebuah bantuan kerajaan yang berbentuk kewangan. Perdana Menteri telah meluluskannya pada pembentangan mini bajet Disember lepas.
Perdana Menteri telah mengarahkan agar bantuan ini disegerakan, oleh hal demikian pembayaran bantuan ini diawalkan daripada bulan Mac 2023 ke Januari ini.

KADAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Jumlah pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah adalah berbeza mengikut kelayakan :
RM 300
  • Diberikan kepada kategori isi rumah
RM 100
  • Kepada bujang
  • Kepada warga emas tiada pasangan

CARA SEMAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1

Semakan SUMBANGAN TUNAI RAHMAH sudah boleh dibuat melalui portal rasmi. Sebelum ini, kita maklum bahawa belum ada portal rasmi. Oleh hal demikian, bermula 17 Januari portal rasmi STR telah dilancar.
Ini adalah cara untuk semakan
  • Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di bahagian kiri yang tertera logo MYSTR
  • Pastikan No MyKad anda merupakan penerima STR Fasa 1
  • Masukkan maklumat keselamatan
  • Masukkan kata kunci keselamatan dan kata laluan
  • Semakan boleh dibuat

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1

Pembayaran secara rasmi adalah bermula 17 Januari 2023. Walau bagaimanapun, pembayaran sudah bermula sejak 15 Januari 2023. 
Untuk pengetahuan anda, pembayaran adalah secara berperingkat. Oleh itu, anda perlu sabar menunggu. 

Leave a Comment