Skip to content

i-Citra : Pembayaran pertama bermula 2 Ogos

 

Bulan Ogos merupakan bulan pertama untuk pembayaran i-Citra. Sudah tentu, pelaksanaan i-Citra sangat menggembirakan hati para pencarum lebih-lebih lagi yang terkesan dalam pandemik ini. 


Sedia maklum bahawa i-Citra dilancarkan pada pengumuman PEMULIH tempoh hari. Ia bertujuan untuk meringankan beban rakyat.

PEMBAYARAN i-CITRA OGOS

Pada pengemuman Perdana Menteri tempoh hari, walaupun permohonan i-Citra boleh dibuat bermula 12 Julai tetapi tarikh penerima pembayaraan akan bermula pada 
  • OGOS
Pembayaran i-Citra akan dilaksanakan selama 5 bulan berturut-turut dengan maksimum pengeluaran RM 5,000. 

Amaun yang dikeluarkan adalah mengikut jumlah simpanan pencarum atau kemahuan ahli.

  JADUAL PEMBAYARAN OGOS

Mengikut daripada semakan yang dibuat, pembayaran pertama akan dilaksana bermula 
  • 2 Ogos
Hal ini kerana 1 Ogos adalah bersamaan dengan hari ahad (cuti) sebab itu ia akan dibayar bermula 2 Ogos (isnin).

Untuk pengetahuan pembaca, pembayaran dilaksanakan adalah secara berperingkat sama seperti pembayaran i-Sinar dan i-Lestari lalu.
  • Kumpulan pertama / batch akan menerima pada 2 Ogos dan akan diikuti dengan batch-batch seterusnya.
  • Tarikh pembayaran terakhir untuk bulan Ogos belum diumumkan oleh KWSP setakat ini.
PEMBAYARAN SEAWAL 2 OGOS

Berikut merupakan bukti tarikh pembayaran yang dilakukan seawal 2 Ogos :

Semakan tarikh pembayaran, anda boleh semak terus melalui i-Akaun anda sama seperti i-Sinar lalu.

0 thoughts on “i-Citra : Pembayaran pertama bermula 2 Ogos”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *